Thursday, September 2, 2010
Awk..
Monday, August 30, 2010
Don't give up
p/s This poem is dedicated to you all. For we all suffer sometimes in our lives. Some of us suffer loss, others from the feeling of being different, there are so many things that bring us down. Some sit in their rooms and just cry and pray for a better life, some of us can’t handle things and reach for the knife. Whatever makes you depressed, no matter how down you feel, how close to giving up you get, don’t!!!
Hold on, be strong, there is always someone out there who cares for you. Life has it’s up and downs, and one day, it’ll look up for you too..If you need someone turn too, i'm here, for anyone who needs..
Friday, August 27, 2010
Sampaikan pesanKU biarpun satu ayat
Monday, August 23, 2010
Pelangi Selepas Hujan
Pernahkah sekali kita memahami alam." Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan? "" Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? "Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan." Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam? "" Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang? "" Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa? "" Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu? "
Saturday, August 21, 2010
BaS Vs Chenta
Aq pernah baca, aq juga pernah rase, jadi kini aq nk kongsi..sebab aq tahu jiwa PEREMPUAN ..Alhamdullilah.
Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas.
Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,
“Eee… penuhnya… tak de tempat duduk.”
Jadi, awak katakan pada diri awak,
“Saya akan tunggu bas yg lain.”
Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua.Awak nengok bas tu dan awak akan cakap,
“Eee… bas ni buruk sgt… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.”
Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak
bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.
Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata,
“Emmm…. takde air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain.”
Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya.
Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan
baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya.
Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.
Dan kemudian barulah awak sedar bahawa… awak dah naik bas yg salah.
Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak..
Walaupun yg datang
tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak?
~Jadi, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah.
Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan?~
Sekiranya awak dapati “bas” itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan
turun daripada bas tu.
sy pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni.
Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu >>tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!
Hahahaha…. Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN teRUS!
"Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.
Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu… semuanya terpulang pada diri awak.
Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!"
p/s:so, apa pilihan anda???
dan jangan la demand SANGAT pada lover atau kawan2..sebab kita juga tak sempurna..
dan jangan sesekali compare kan sesiapa..
barang yang lepas usah dikenang..
hargai apa yang kini jadi milik kamu..
sy belajar banyak dari cerita nie...
dan kalo takde dulu..maka takde la skang..
dan kalo sy tak dikecewakan dulu, takde la skang:)
nOW I'VE FOUND MY OTHER HALF & HE'S THE PERFECT ONE FOR ME:)
SAYA DAH SETTLE DOWN..
mahu membuang setiap inchi kenangan yang da tak perlu untuk saya ingati lagi..
mahu membuang segala cerita /pujukan yang tidak saya pandang lagi..
SAMA2 SALAH..
SAMA2 EGO..
SAMA2 TAK MENGALAH..
LANTAS..SAMA2 KAH YANG RUGI??
buat mereka2 yang masih BERBELAH-BAGI..buat pilihan bijak!
jangan buat sebab nak tangkap muat..atau buat ikut hati...
hidup ni e bukan hanya kita, tapi insan2 keliling kita..
yang penting..JAGA HATI PASANGAN:)
INGAT..
ikut hati mati..ikut rasa binasa:)
let bygone be bygone
SYUKUR KERANA KATA SEORANG KAWAN PADA SAYA HARI NIE:
"allah memberi saya petunjuk dan dugaan kini..sebab semua jawapan yang saya mahu telah terbentang depan mata..nie skang bukan tentang mahu atau tak, tentang menolak atau menerima, tentang suke atau benci, ATAU siapa yang saya pilih untuk diri ni..tapi kali nie ia benar2 berkaitan memaafkan lalu KEDUA-DUANYA/KETIGA-TIGANYA/KEEMPAT-EMPATNYA berlalu pergi & MENIKMATI HIDUP SEMAHUNYA"
Tuesday, July 27, 2010
Secebis Ingatan Buat Adam
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Wahai Adamku…
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.
Adam…Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam…
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi… aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun…terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.
Adam…
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku. Dimana perginya keadilanmu. Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap dirumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut… Tapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam..
Mengapa kau biarkan aku begini?
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad s.a.w terhadap mereka?
Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam…
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu Sembilan, nafsumu satu. Aku… akalku satu, nafsuku Sembilan.
Dari itu Adam…pimpinlah, bimbinglah, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam…
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.
Maafkan aku sekali lagi Adam…
Andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah didadamu. Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.
Waspadalah Adam…
Andai auratku terdedah…andai suaraku mengatasimu… andai langkah seiringmu…andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.
Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi…
Tetapi percayalah!!!...bukan emas yang kucari…bukan berlian yang kupinta… tetapi…hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu…Adam…
Dengarlah…keluhan hatiku buat dirimu…
Ikhlas dari Hawa…
Abad ini…
www.iLuvislam.com

Sunday, July 18, 2010
Letakkan beban, berlari menuju kehidupan baru...
Assalamualaikum...dah lame aq xupdate blog nie..bz skit...tmbah plak my lappy rosak...pe la slh aq ..satu demi satu mnde yang aq syg pergi...ermmm sedih sgt..sume impian aq mungkinkah telah hancur...aq tau aq xpatut berputus asa...
KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”- Surah al-Ankabut ayat 2-3
17/7/2010 sebelum tarikh ni, aq dh fikir masak2 tuk aq mulakan hidup baru..dalam kul 12, dengan menaiki bas ditemani rasa sedih dan tanpa ditemani sape2 aq menuju ke UMT , di mana tempat aq study...dilubuk hati masih tertanya2 betul kah aq buat keputusan nie...YaAllah..kuatkan lah semangat aq ini..aq sampai kira2 dalam kul 2 ptg...naseb baek aq mempunyai member2 ketika aq jatuh dan bangun..dengan adanya dyorang..aq mampu berdiri kembali...aq nak korang tau..sampai hayat aq perlu korang..luv u all so much...aq tau korang mungkin xtau kenapa aq perlu buat keputusan camnie...aq syg time stdy aq..aq ske study ..nak2 klau ngan korang...tp biarlah aq jer yg tau..pada pendengar setia aq..thanks a lot...aq sentiasa menghargai kamu...
18/7/2010 ini lah tarikh yg paling aq xkan lupakn sampai bila2...di mana aq telah membuat keputusan untuk berhenti study...dah isi borang out..disaat aq mengisi borang,rase nak menitis air mata..hanya Tuhan saja yang tau, betapa beratnya tuk aq mengahadapinya...memang impian utama ku adalah mendapat degree, tp bukn rezeki tuk course Software Engineering...aq ade tanggungjawab yang perlu diselesaikan...jika ini jalan takdir ku, aq terima dengan redha...
selepas ini aq perlu or harus hadapi apa2 kemungkinan yang akan berlaku...sumpah aq xkan menyesal dengan keputusan ini....pada sape2 yg telah bagi dorongan dan semangat pada aq..terima kasih banyak2..tanpa korang aq xmampu sekuat ini...doakan aq berjaya dalam apa jua aq lakukan.....ni ayt khas tuk angah iaitu abg aq "angah..walau org bhnti study skang, xbermakna org xkn smbung lg..insyaallah...hanya 1 aq pinta..berikan aq kata2 doronganmu di mana sampai hayat aq perlu kamu"...letakkan beban,aq berlari menuju kehidupan baru..insyaallah
to be continued jika masih diberi nafas olehNYA..
Saturday, June 19, 2010
DIA selalu ada...
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedihnya...
Allah SWT sudahpun menghitung airmatamu.
Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu sahaja ...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.
Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu...
Allah SWT selalu berada disampingmu.
Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segala-galanya dan tidak tahu hendak membuat keputusan ...
Allah SWT punya jawapannya.
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau mula merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucapkan kesyukuran,
Allah SWT telah memberkatimu.
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban,
Allah SWT telah tersenyum kepadamu.
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi,
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.
Maka ingatlah..walau dimanapun, atau kemanapun kau menghadap...
Allah SWT TAHU

Friday, June 18, 2010
Hepy besday to me...


.jpg)
Tuesday, June 1, 2010
Renungan ~~KENAPA AKU DIUJI?~~
KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”- Surah al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB:“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”- Surah al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB: “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”- Surah al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA: KENAPA RASA SEDIH DAN KECEWA (FRUST)?
QURAN MENJAWAB:“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”
- Surah ali-Imran ayat 139
KITA BERTANYA: APAKAH YANG HARUS AKU LAKUKAN?
QURAN MENJAWAB: “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”- Surah ali-Imran ayat 200
KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB:“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.”- Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB: “Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.....”- Surah at-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB: “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.”- Surah at-Taubah ayat 129
KITA BERKATA: BAGAIMANA JIKA AKU TIDAK MAMPU BERTAHAN LAGI??!!
QURAN MENJAWAB: “.....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”- Surah Yusuf ayat 12
Tuesday, May 25, 2010
kalau hati....
kalau hati ini awan, hujan yang turun pasti menghanyutkanmu kearahku...
kalau hati ini petir, cahayanya akan menerangi malammu yg kegelapan...
kalau hati ini guruh, dentam-dentumnya buat tidurmu hilang makna tenteram...
kalau hati ini kaca, maka deraiannya tidak bisa disambung semula...
kalau hati ini kayu, serpihannya sudah lama lekang dek zaman luka terlalu lama...
kalau hati ini api, baranya tak akan terpadam walau disimbah air tujuh lautan...
kalau hati ini persimpangan, maka kekeliruan akan membawamu ke jalan tnpa penghujung...
kalau hati ini sungai, berabad pun alirannya tetap menghala ke arah yg sama...
kalau hati ini bunga api, percikannya memeriahkan hidupmu yang lama suram tanpa aku...
kalau hati ini teka-teki, pasti berkerut dahimu mencari jawapan yang tiada di mana-mana...
kalau hati ini pelangi, berada di bawah lindungan langit yang sama, mengapa cahayaku tidak terbias di matamu?...
kalau hati ini memori, mengapa engkau tidak mampu mengingatkanku walau sudah berabad bersama?...
kalau hati ini batu,pasti segala tingkahmu tidak akan aku pedulikan...
kalau hati ini persoalan, ke manakah semua kesimpulan yg pernah engkau ajukan?...
kalau hati ini ekonomi, maka kegawatannya buat engkau terpana...
kalau hati ini udara, maka tanpaku tidak bernyawalah dirimu...
kalau hati ini jam, maka setiap detik adalah jantungku yang berdegup kerana dirimu...
kalau hati ini rumput, warnanya kian suram dek hujan yang malu mahu berkunjung...
kalau hati ini piano, maka alunan muziknya buat engkau mengenal erti sayu dan sendu...
kalau hati ini cemburu, maka musnahlah aku dalam jiwa yang resah dan bergalau...
kalau hati ini embun, kesuciannya buat kau sanggup menunggu aku seawal pagi mahu bertamu...
kalau hati ini camar, sayapku takkan patah walau merentas seribu lautan...
kalau hati ini dosa, maka ampunkan aku kerana hadir dalam hidupmu...
kalau hati ini mawar, harumanku akan menamanimu walau kita terpisah antara dua benua...
kalau hati ini mendung, maka gelap warnanya akan membuat kau lari menjauh...
kalau hati ini kopi, pahitnya buat kau tersedar daripada mimpi yang menyesatkan...
kalau hati ini warna, maka palitkan kanvas hidupmu agar ceria dan tidak jemu...
kalau hati ini kamus, maka perbendaharaan katamu semua hanya tentang aku...
kalau hati ini hasad, jauhilah aku yang akan mengaibkanmu...
kalau hati ini matematik, maka kiraannya pasti kau tambah aku bersamaan dengan satu...
kalau hati ini muzik, pasti engkau menyanyi siang dan malam tanpa henti...
kalau hati ini selimut, maka terhindarlah dirimu daripada kedinginan malam...
kalau hati ini kerajaan, maka bersemayamlah engkau di singgahsana dengan senyuman...
kalau hati ini dacing, maka adilkah pembahagian antara kasih, sayang dan cinta?...
kalau hati ini atom nuklear, ledakannya membuat engkau terkesan beribu tahun lamanya...
kalau hati ini curiga, maka selalulah aku didatangi gelisah dan engkau pula dikejar resah...
kalau hati ini rahsia, maka debarnya hanya kau dan aku tahu...
kalau hati ini keju, maka cairkanlah aku setiap kali mendengar namamu...
kalau hati ini bintang, maka akan kuterangi hidupmu biar jelas apa yg kau mahu...
kalau hati ini kartun, selalulah kau ketawa melihat tingkahku yang tidak berhenti menghiburkanmu...
kalau hati ini pakaian, maka kututupi kelamahanmu biar kau sentiasa gah dimataku..
kalau hati ini minyak, maka berhati-hatilah engkau menatangku, jangan sampai tumpah lalu kehilangan...
kalau hati ini kapal terbang, akan kuterbangkan dirimu agar selalu dekat dengan diriku...
kalau hati ini kamera, akan kurakamkan kenangan kita agar tidak pudar dan hilang daripada ingatan...
kalau hati ini madu, maka khasiatnya buat engkau sentiasa menginginkan aku...
kalau hati ini peluru, maka bedilannya akan memusnahkanmu yang berani melupakanku...
kalau hati ini mimpi, akan aku datangi malam-malammu hingga kau tak mampu lari walau sesaat daripadaku...
kalau hati ini dermaga, berhentilah semua kapal mahu singgah di tempat yang kukhaskan hanya untuk dirimu...
kalau hati ini cuaca, maka musim dingin ni sudah terlalu lama dilewati...
kalau hati ini coklat, keenakannya membuatkan engkau lupa mana yang benar, mana yang palsu...
kalau hati ini panadol, kau akan kembali riang dan sakitmu pasti tak berlarutan...
kalau hati ini sutera, kelembutannya menghiasi peribadimu yang mewah dengan kasih sayangku...
kalau hati ini cahaya, maka tahulah engkau gelapnya duniaku tanpa dirimu...
kalau hati ini renda, maka tenunannya tidaklah secantik mana...
kalau hati ini guruh, maka dentumannya membuatkan kau lari menjauh...
kalau hati ini piala, maka aku akan kau idam sehingga ke hujung nyawa...
kalau hati ini lebuh raya,pasti jalannya yang lurus akan memudahkan engkau mendekati aku...
kalau hati ini puncak Kinabalu, maka dakilah aku kerana aku menunggumu di situ...
kalau hati ini suara, jeritanku langsung tidak kau dengari...
kalau hati ini perisai, akan kulindungimu daripada segala kepayahan...
kalau hati ini dendam, maka segala dosa nikmatnya hanyalah sementara...
kalau hati ini magnet,maka kau akan selalu merapati aku walau jauh di hemisfera yang berbeza...
kalau hati ini ombak, maka kasihku ini tidak mengenal erti pasang surutnya...
kalau hati ini bateri, dicas seribu kali, aku tetap tidak mampu menguasai...
kalau hati ini tali, akan terikatkah engkau kepadaku?...
kalau hati ini tasik, tenangkah aku bila kau menjauhkan diri?...
kalau hati ini embun, seribu tahun menuggumu tetap tidak menjadi lautan...
kalau hati ini amanah, berdosakah saat aku berasa putus asa?...
kalau hati ini drama, akan menangiskah engkau saat tirai berlabuh?...
kalau hati ini jendela, singgahkah angin dan bertamu memberi ketenangan?...
kalau hati ini kismis, tujuh biji sehari akan membuatkan kau sentiasa mengingati aku...
kalau hati ini mesin perakam waktu, maka pudarlah dakwat tanda kerapnya kau datang dalam ingatanku...
kalau hati ini ikan terubuk, sanggupkah engkau membuang semua tulang yang menjadi penghalang?...
kalau hati ini air mata,akan banjirkah dunia yang penuh sengsara?...
kalau hati ini nangka muda, maka getahnya akan pasti sukar dibersihkan...
kalau hati ini zat makanan, mengapa engkau berkeras enggan menjamah?...
kalau hati ini marathon, maka larianmu hanyalah menuju kepada aku...
kalau hati ini mikrofon, kuatkah naluri ini kau dengari?...
kalau hati ini cendol, kemanisanku akan menghilangkan dahagamu...
kalau hati ini superbike, akan kubawamu menjelajah ke seluruh dunia...
kasih kita kan abadi kerana waktu mula terhenti di saat kita bersua.....TARIKH LUPUT CINTA...
Sunday, May 16, 2010
Menembus waktu yang terluka ….
Hari ini ku berubah
Saturday, May 15, 2010
SeHela nafas..
Dedikasi untuk sidia yg dulu pernah bertahta dhati kecil ku...