CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Thursday, May 31, 2012

Aku dan tanggungjawab




assalammualaikum :)

Bila cakap pasal tanggungjawab ni macam berat ja bunyinya kan? huhu.. memang berat pun, sampaikan kadang2 terlepas tanggungjawab tu sebab tak sanggup nak pikul beban kan? heheheh...

semua orang kat dunia nih ada tanggungjawab masing2.. tak kira lah kecik besar tua muda.. masing2 ada tanggungjawab masing2 kan? contohnya aku sebagai seorang kakak sulong.. pergh! tp aq masih ada 2 abg...kecik2 dulu xpelah.. dah besar panjang ni makin terasa lah beban tu.. tanggungjawab pada mak, adek2 lagi.... mak ayah tu kira ok juga.. nih adek2, memang nak kena ikat sorang2 kat tiang baru boleh senyap... hmmm =.="..tp naseb baek aq dikurniakn adek2 yg xpernah mnyusah kan mak ayah... amin...=.="... 

kalau tanya adek2 aku kat rumah.. cam mana kakak kat rumah, confirm jawapannya GARANG! aku sangat tegas dalam rumah.. benda aku tak suka please jangan buat.. kalau tak memang habis lah jawabnya.. aku dengan mak aku sangat lain.. kalau mak aku rumah berselerak, membebel sambil tangan gerak tolong kemaskan.. kalau aku?  aku sebut barang apa yang bersepah tu, terus aku wat xtau jer...hahahhahha...xla...aq akan lebih bebelan tahap pecah anak telinga...huhuhu 

aq sering harungi sendiri kekurangan diri ..xmengharap pada sesiapa..kadang2 aq bukan xtringin nak pakai kereta, rumah or family dan pakai itu n ini...tp aq masih ada tanggungjawab yang belum diselesaikan...biar la orang sibuk menyatakan begitu n begini..yang aq tau aq ada tanggungjawab... walau terasa berat dengan dugaan yang datang , aq harus cuba dan terus mencuba ...insyaallah aq kuat....=.=" even kadang2 aq xkuat..T.T aq cuma ada 1 benda je klau aq rasa xkuat... aq terus mengadu kt DIA..DIA jer tempat aq luah kan segalanya... bukan aq xperlu kawan or sape2 tuk luahkan sume..tp aq rase DIA lebih faham aq.

kekadang aq temarah n tekasar bahasa...maafkan aq..aq hanya manusia biasa yang xlepas dari ketensionan hidup..kadang2 orang tengok aq ceria, tp sebaliknya DIA je yg tahu..cukuplah DIA bagiku...time aq hilang arah DIA yg bawa aq kearah yg betul...Ehh2...sambung laen kali la plak..:)



to be continued jika masih diberi nafas olehNYA....

Thursday, May 24, 2012

Qiblat yang Sama..


Ya Sallim Sallimna Sallim Sallim Dinana

Ada yang hitam, ada yang putih..Zahirnya Dia menciptakan kita berbeza
Namun batinnya kita dikurnia akal fikiran yang lengkap sempurna
Walau berbeza kasta budaya, hanya amalan pada-Nya yang utama
Kita mewarisi Al-Quran suci sebagai panduan tuk hidup sejahtera

Seringkali iman akan diuji bak layar dihembus laut gelora
Dalam mengejar kehidupan di sana, jangan alpa meredah kabus dunia

Walau pandangan jauh berbeza, tak bermakna ada salah ada benar
Pada akhirnya kita semua sujud ke arah satu qiblat yang sama

Semulia insan adalah yang menghampiri-Nya
Moga ditempatkan dengan yang bertaqwa

Tak mungkin manusia yang punya nafsu bisa terlari walau secebis dosa
Apa yang mampu kejar pahala, biarlah yang Esa menghitungkannya
Buang yang keruh, ambil yang jernih tak guna merintih menyesal bersedih
Khalifah bumi semua bersaudara untuk menghambakan diri kepada-Nya

Kadangkala kesabaran dicabar tiang utuh teguh bisa kan runtuh
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula sesama saudara

Walau pandangan jauh berbeza, tak bermakna ada salah ada benar
Pada akhirnya kita semua sujud ke arah satu qiblat yang sama

Semulia insan adalah yang menghampiri-Nya
Moga ditempatkan dengan yang bertaqwa





to be continued jika masih diberi nafas olehNYA..







Wednesday, May 23, 2012

Merisik Khabar

Assalamualaikum......ambe nak post lagu ni...xtau knapa ambe rasa best sgt...korang try la dgr..:)

Terkapar-kapar ku kelemasan
Sakit dilambung ombak kerinduan
Di dalam tidur di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tak menentu
Keranamu...

Ku menyusuri jalan berliku
Membiarkan hari-hari berlalu
Tiada salam tiada pesan
Memaksa diri untuk melupakan
Namun wajahmu bermain di mata ku
Tiap waktu...


Malam ku suram, siang ku kelam
Ku kegelisahan, mencari-cari
Kemana pergi, harga diri ini
Bertanyakan berita, merisik khabar
Mendengar cerita, melaluinya
Kau kuhampiri, tiap hari
Bersama luka dihati

Mengapa aku jadi tak menentu
Kerana mu
...


to be continued jika masih diberi nafas olehNYA...

Thursday, May 10, 2012

Rasa yang ada..





saya Cuma nak awak sayAng saya sorang saja…
saya cuma nak awak setia dengan saya seorang saja..
saya cuma nak awak sentiasa ada untuk saya seorang saja..
saya cuma nak awak milik saya seorang saja..
tapi..
itu Cuma luahan hati saya …
saya takut untuk mengatakan ia..
saya tiada kekuatan itu..
maafkan saya….


To be continued jika masih diberi nafas olehNYA…

Monday, April 16, 2012

wanita tidak semestinya memerlukan lelaki



Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.
Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.
Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.
Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.
Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah...



to be continued jika masih diberi nafas olehNYA..

Majlis konvokesyen ADEK ambe...







to be continued jika masih diberi nafas olehnya...

Monday, March 26, 2012

Buat Dirimu Yang Bakal Menjadi Suamiku


Buat Dirimu Yang Bakal Menjadi Suamiku

“Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup.. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana..Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu.. Bukan rupa yang ku impikan, bukan harta yang ku inginkan..
Tetapi sandaran
AGAMA yang ada dalam dirimu yang ku perlukan.. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu..

Andainya kamu adalah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan kelak.. Bahagia itu pasti menjadi milik kita, itu janji Allah..
Aku sayang kamu kerana Allah…”

Sesungguhnya tugas pertama ku bukan mencari diri mu tapi mensolehahkan diri ku. Sukar untuk mencari soleh diri mu andai solehah ku tidak setanding dengan kesolehan mu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari diri mu.





to be continued jika masih diberi nafas olehNYA....

Monday, March 12, 2012

skrip kehidupan dunia..

apa yang kita lalui,
itu adalah apa yang telah Allah takdirkan untuk kita.

apa yang telah kita alami,
itu menjadi sesuatu yang sangat istimewa buat kita.

peristiwa yang pernah membuat kita ketawa, menangis, gembira mahupun sedih.

orang lain mungkin tak akan pernah tahu.

namun, mungkin ada insan lain yang melalui perkara yang sama,

tapi, ‘rasa’ itu tak akan sama,
kerana keadaan kita berbeza.

biarlah,
andai jalanan kehidupan kita tak sama seperti insan lain.

redhalah,
andai ketentuan perjalanan kita,
tidak seperti orang lain.

siapa tahu,
perbezaan itulah yang membuat kita “istimewa”.
pelik dipandangan manusia,
namun istimewa pada nilaian DIA. ( .^_^.)/ ✿











to be continued jika masih diberi nafas olehNYA....

Tuesday, February 28, 2012

someone like u..

AWAK......sy jumpa someone like u....prangai dy mcam awk...caring dy mcm awak..tp encem awak lebih...even sy dah jumpa someone like u, dy tetap xsame macam awak...xde orang dapat ganti tmpat awak dhati sy...even 7 tahun awak pergi...u always in my mind.... 




nota kaki * sy rindu awak.... 


to be continued jika masih diberi nafas olehNYA...

Wednesday, December 28, 2011

Yeah.. I’m alive!


♥ saya nak MARAH tapi ALLAH kata JANGAN !
♥ saya nak BENCI tapi ALLAH kata JANGAN !
♥ saya nak LAWAN tapi ALLAH kata JANGAN !
♥ saya nak PUTUS ASA tapi ALLAH kata JANGAN !
♥ saya nak MEMBERONTAK tapi ALLAH kata JANGAN !

♥ KERANA ALLAH kata jadi saya cuba LUPAKAN apa orang KATA dan BUAT pada saya!

APA PUN YG TERJADI...SEMUANYA OKEY~~~~♥♥♥
Teringat kata2 satu teman baik: "Tak pernah tgk kau selain selalu tersenyum dan terus tersenyum".. اَلْحَمْدُلِلّهِ . Cukuplah ditampilkan bahagia dari hidup, urusan duka dan sedih hanya DIA yg tahu. Kenapa harus tambahkan beban org lain dengan kesedihan, kemarahan diri kita. Org diluar sana sudah cukup byk beban hidup masing2 :)
If you look up at the sky after falling down, the blue sky is also today stretching limitlessly and smiles at me…
Yeah.. I’m alive!

Birunya langit hari ini mengajariku akan suatu hal, segalanya akan selalu berganti seperti indahnya langit hari ini, sebelumnya aku melihat mendung menutupi hamparan luas perkamen langit, namun angin mematuhi melukis takdirMu mengganti kelabunya langit mejadi biru nan elok, langit membiru seolah menitipkan senyuman matahari, mereka ingin kita selalu tersenyum, tersenyumlah untuk sekarang dan nanti sampai waktu cukup untuk melepas kita pergi, karena dengan senyuman segala hal yang menyiratkan kesedihan akan berangsur menghilang dan membuat segalanya terasa lebih mudah, kala kesedihan itu menghampiri ingatlah setiap kebahagiaan yang kita terima selama ini, bukankah porsi kebahagiaan lebih banyak dibandingkan kesedihan, lalu apa lagi yang kita risaukan? Karena setiap kesedihan atau kebahagiaan akan segera berakhir dan berganti dengan peristiwa lagi, sebuah proses pembelajaran untuk memahami mengapa kita hidup saat ini.
Aku berjalan hanya dengan mata hati, bernafas hanya dengan tekad, aku mendaki penuh dengan teka teki, dimanakah matahariku?
Matahariku selalu bersinar, namun makna sinarnya hanya mengenai mereka yang mau membuka diri, meskipun cahayanya seolah menerpa setiap insan di bumi ini, tapi tiap tiap yang menerima berbeda mengartikannya, ada yang bingung mengapa matahari ini kadang bersinar kadang redup, ada yang sedih kenapa matahari redup hari ini, ada yang risau akankah dapat melihat lagi indahnya matahari hari ini, dan ada pula yang berfikir mengapa matahari tidak pernah lelah bersinar? Kita berada dimana, kita berhak memilih.
Matahariku selalu bersinar, takdirnya memberi arti kehidupan ini, aku pun ingin seperti dia dengan segala kemampuan yang aku miliki saat ini, berusaha memberi arti, bukankah kita terlahir di dunia ini adalah dengan takdirNya, dan kita terlahir di dunia ini bukan tanpa tujuan melainkan membawa pesan- pesan Tuhan, hidup ini pilihan, dan aku telah putuskan, pilihan yang wajib aku perjuangkan. Aku dalam masa proses, tapi keyakinanku sangat kuat, aku harus berjuang kawan, kamu boleh aku pun boleh!!!
Bila Aku jatuh nanti, Aku siap Melompat lebih Tinggi.
Tetap Semangat dan Hadapi setiap Episode Hidup dengan Senyuman :-)
Everyone feels pain
But surely, after suffering satisfaction will arrive
Step by step, I want find that light
:-)

to be continued jika masih diberi nafas olehNYA...

Thursday, December 22, 2011

Cukuplah Berbakti Kepada Orang Yang Wajib

Jika kita punyai kawan yang menyakitkan hati, abaikan sahaja dirinya. Cukuplah berbakti kepada orang yang kita perlu taat seperti ibu ayah, taat suami bagi seorang isteri dan taat kepada Allah sebagai seorang manusia. Mereka yang tidak tersenarai dalam rantaian kewajipan kita untuk taat itu kita boleh abaikan sahaja.
  • Biarlah semua kenalan menolak kita yang penting kita jaga suami kita dengan baik.
  • Biarlah kawan-kawan meninggalkan kita yang penting kita tidak meninggalkan keluarga.
  • Biarlah seluruh kaum keluarga memulaukan kita yang penting kita tidak memutuskan tali silaturrahim.
  • Biarlah seluruh umat menyakitkan hati kita yang penting kita tidak menyakitkan hati Allah.
Kebahagiaan terletak dalam hati. Ia bergantung kepada kepercayaan kita. Seandainya kita percaya bahawa dipulaukan orang adalah suatu yang menyedihkan, maka hidup kita akan terseksa. Namun seandainya kita faham bahawa perbuatan terkutuk mereka dapat menyumbangkan pahala yang banyak untuk bekalan akhirat, kita akan bahagia. Biarlah manusia yang leka dengan sandiwara dunia dengan sikap buruk mereka, yang penting jangan kita bersikap buruk pada mereka kerana hidup kita untuk mencari kebahagiaan di sana. Bukan melayan persengketaan yang sia-sia.
“Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resah dan takutlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.” – Imam Al-Ghazali

*****mood aq terumbang ambing ni.....pape pn cuba tuk snyum tuk bahagiakn orang laen...insyaallah..To my sis congrate 4 ur result pmr...****



to be continued jika masih diberi nafas olehNYA....

Tuesday, December 20, 2011

Who Says

Hidup ku berawal dari sebuah harapan . . Harapan yang mungkin bagi sebagian orang adalah celaan.. Aku tak hiraukan sejauh mana orang menilai hidup ku ini. . Kerna hidup ku adalah takdir ku. Aku mengerti hidup ku ini mungkin tak bererti untk nya. . Dan aku mengira baginya aku adalah derita. Kemana langkah ku tertuju,disanalah tempat ku tercampak. . Aku tak pernah menyesalkan keadaan sekarang ,kerna inilah hidup ku. . Aku tak pernah mengingkari kenyataan kerna inilah hidup ku. . Baik,buruk,senang ,sedih. . Kan ku terima dengan keikhlasan kerna mungkin ini adalah hidup ku. what ever a reason, life must go on........




to be continued jika masih diberi nafas olehNYA...

Tuesday, October 11, 2011

Semangat Dan Keyakinan Yang Hilang

Lama aq tenung skrin laptop aq,beribu-ribu perkataan bermain dikotak fikiran.. namun tiada satu perkataan yang mampu aq taip. Sesekali talian internet aq putus-putus, aq sambung kembali, namun masih tidak mampu mengeluarkan sebutir kata sekalipun. Sepertinya terlalu banyak persoalan yang timbul di kepala aq sejak minggu lepas..
Azan isyak berkumandang, ini menandakan masuk waktu solat isyak bagi kawasan sekitarnya. Terpanggil dengan panggilan Illahi, aq kuatkan diri untuk sembah dan bermohon kepada-NYA. Lama aq terpaku di atas sejadah menghadap DIA yang satu.. seraya teresak-esak mengadu kepada-NYA..Lagaknya seperti tiada lagi tempat untuk aq mengadu selain dari-NYA...ya memang DIA tempat aq mengadu selama ini...DIA segalanya bagiku..
Aq kembali berada di depan laptop untuk sesi luahan hati aq di dalam blog peribadi aq ini. Kalau blog ini kekal, mudah-mudahan ia menjadi memori indah untuk ditatapi kamu yang membacanya.
Aq sedar, aq tewas dengan apa yang aq rasa, aq tewas dengan apa yang aq tanggung, akhirnya membentuk satu perasaan negatif. Aq semakin hilang semangat untuk berjuang. Aq juga hilang keyakinan diri yang dibentuk sekian lama. Kenapa perkara seperti ini terjadi ke atas aq????
Itu antara persoalan besar yang aq selalu fikirkan. Dibawah persoalan tersebut membentuk perlbagai masalah-masalah kecil yang juga menjadi penyebab masalah sebesar itu berlaku. Malah sukar untuk aq luahkan secara terperinci tapi ia cukup membebankan aq..aq rasa kamu pasti ingin tahu apa yang berlaku disebalik luahan hati aq yang akhirnya menghasilkan beratus-ratus perkataan ini. Mungkin juga akan mencapai ribu perkataan. Percayalah, apa yang aq tanggung mungkin tidak seperti yang aq cuba gambarkan, mungkin aq tidak pandai bermain kata. Mungkin entri ini dilahirkan dari keadaan hati yang bercampur baur perasaannya.
Kalau aq menangis, mungkin sebab aq sudah tidak tahan akan dugaan ini. Atau aku menangis kerana tiada seorang pun yang mampu memahami keadaan aq termasuk family aq sendiri. Entri seperti ini sepatutnya aq tulis sekian lama dengan harapan kalau tidak kamu faham, cukuplah kalau orang terdekat dengan aq yang faham. Walaupun aq tahu ramai yang tidak faham, sebabnya aq tidak ceritakan sepenuhnya. Aq hanya beri gambaran sahaja. Atau mungkin ia menjadi penulisan aq yang terakhir?
Kenapa aq kata macam tu? aq seperti keseorangan disini!
Penulisan aq kali ini menjurus kepada luahan hati sebenar tapi aku masih belum puas seperti ada sesuatu yang perlu aq tunaikan disini tetapi sesuatu tersebut seperti tenggelam timbul. Setelah terhenti lama disini, mungkin lebih baik sampai disini sahaja sebelum aq lebih merapu dan akhirnya mengeluarkan kata-kata yang kurang enak..
YA ALLAH, Jika ini jalan takdirku...aq terima dengan penuh redha...Jika ini ujian yang KAU berikan aq terima...YA ALLAH kuat kan semangat ku ini untuk hadapi segala dugaanMU.. berikan aq kekuatan untuk meneruskan perjalanan hidup ini... YA ALLAH aq mohon berikan lah peluang aq hidup dalam kesempurnaan dalam apa jua keadaan...Amin..

Bila menulis berkenaan soal hati , mungkin ramai yang tidak menyukainya. Aq juga mahu kamu tahu, atau mungkin pembaca setia sudah pun mengetahuinya, asal aq menulis sememangnya bermula dengan HATI!!!
Sekurang-kurangnya bila penulisan aq ini habis disini, aq merasa sedikit lega!


to be continued jika masih diberi nafas olehNYA.....



♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥


Memang sakit bila cinta yg kit...a dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..





to be continued jika masih diberi nafas olehNYA.....

Monday, October 10, 2011

Segalanya Ku Terima


as'salam.....
why aku post lirik lagu ni???jawapannyer:: aku punye blog, aku punyer suke la...hahahah...ok2... cam ade kena mgena ngn life aku jer, 2 yg saje post 2....huhuh..pape pun mood aq xbrape nak ok jer skang....hahahha.....semua kemalasan ada ni....hidup baek2 yer korang......


Aku yang kehilangan
Dalam diri sendiri
Terkurung dalam bayangan mu
Gelak ketawa engkau
Bagai bertahun dulu
Mengheret ku ke syurga kita

Itu mimpi yang terkenang
Membuat aku terbuang
Tika memapah semangat yang masih ada

Cerita silam ini menjadi racun bisa
Dan kini aku pun melara
Terlemas di dataran
Dilambung ombak hidup pun aku masih menanti mu
Akan tersingkapkah cinta
Yang telah sekian lama
Kita dodoikan bersama di mimpi ngeri

Biarpun masih tergagah
Menjulang cinta yang patah
Sebenarnya pun kesepian
Dan aku pun masih cinta
Diri ini penuh luka
Yang tidak akan tertutup
Meskipun ada pengganti
Seiras wajah


to be continued jika masih diberi nafas olehNYA....

Friday, October 7, 2011

HIPOKRIT

Assalamualaikum wbt..
Wahai sahabat² seagama denganku .. Tolonglah ambil masa 3 minit untuk baca note ini . 3 minit je, tak lama pun ..

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi .. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih … Bayangkan benda ini berlaku pada anda ..

... Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yg di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah .. Tiba² masuk dua orang lelaki yg menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam .. Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun .. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik “ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu ” .. Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri .. Daripada jumlah yg 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing² termasuk Pak Iman tu .. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok Pak Iman , saya dah halau SEMUA yang hipokrit , sekarang bolee lah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat ” .. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah ..

Macam mana .. Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas .. Selain terhibur anda fikirkanlah …

“ Lawak kan , dari 1,000 orang yg mengaku dia Islam , hanya 20 yg betul-betul BERIMAN … “

“ Lawakkan berapa banyak manusia yg mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya .. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun .. Dia tak kata pun nak bunuh .. Tapi generasi sekarang .. Amat lemah .. Baru kena ugut terus lari lintang pukang .. Lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi .. ”

“ Lawak , ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja .. Tu pun bila time sembahyang jumaat .. Tunjuk muka kat orang kampung .. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali jaa .. Bila time sembahyang raya .. ”

" Lawakkan , ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran ”

“ Lawakkan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara , akhirat adalah tempat yang kekal , tapi berlumba² mengejar dunia .. ”

“ Lawak , kita bolee bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai .. Tak cukup masa .. "

Dan lebih lawak lagi , bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel² yang berunsur agama Lawak kan ?? Kenapa ? Gelak tu kan realiti ..

Tapi yg paling lawak sekali .. Berapa orang yg lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain .. Berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca ? Berapa banyak ?? Wallahualam .. Sebarkanlah .. Tak perlu minta izin .. Moga bermanfaat ..

Boleh share untuk manfaat bersama~
 
to be continued jika masih diberi nafas olehNYA.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

click to create your own