CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Wednesday, October 30, 2013

Biarkan aku sendiri


Kehilangan demi kehilangan.
Buat kita lebih menghargai manusia kiri dan kanan.

Ujian susah dan senang.
Buat kita kenal siapa kawan yang setia meneman.
Dan kawan yang hanya menetap ketika kita senang.

Sungguh.

Tuhan mengajar dalam setiap ujian susah dan senang.
Tuhan mendidik dengan kehilangan yang tak pulang.

# kehilangan yang xpulang


to be continued jika masih diberi nafas olehNYA...

Thursday, July 4, 2013

Don't let me down...




Sampai satu ketika, kita akan buat tidak peduli tentang insan yang selalu kita peduli.
Sampai satu saat,kita akan buat tidak tahu tentang perkara yang diluar kawalan manusia.
Sampai satu masa,kita akan mengalah dengan masa. Itu bukan tanda kita “give up", tapi mungkin ketika itu,kita sedang rasa tidak larat. Penat..
Sehingga akhirnya kita menyerahkan 100% pada Allah dan membiarkan takdir yang menentukan segalanya.

— Mungkinkah sudah berhenti berusaha?


to be continued jika masih diberi nafas olehNYA...

Tuesday, April 16, 2013

Masih di sini



Kita bangun setiap pagi, dengan harapan hari itu akan menjadi lebih baik dari semalam. Tetapi kemudian Allah menguji lagi. Kita pun kecewa dan harapan kita seolah-olah sudah hilang.. JANGAN BERSEDIH..

Selagi kita masih bernafas hari itu,selagi itulah masih ada harapan,ruang dan peluang untuk membetulkan keadaan. Yang penting jangan sesekali putus asa dengan kasih sayang dan rahmat Allah..

Ya saya xpernah berputus asa, tapi saya hanya manusia biasa.. maaf kadang2 saya x kuat... T.T...

#saya nak nangis kuat2...saya dah xmampu nak senyum...saya nak ngadu kt seseorang .. tp cukupla pada DIA tempat saya mengadu...


to be continued jika masih diberi nafas olehNYA

Sometimes I'm gonna have to lose.................



I can almost see it.
That dream I'm dreaming, but
There's a voice inside my head saying
You'll never reach it
Every step I'm takin'
Every move I make
Feels lost with no direction,
My faith is shakin'
But I, I gotta keep tryin'
Gotta keep my head held high

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waitin' on the other side
It's the climb

The struggles I'm facing
The chances I'm taking
Sometimes might knock me down, but
No I'm not breaking
I may not know it, but
These are the moments that
I'm gonna remember most, yeah
Just gotta keep goin',
And I, I gotta be strong
Just keep pushing on, 'cause

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waitin' on the other side
It's the climb

Yeah

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Somebody's gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waitin' on the other side
It's the climb

Yeah, yeah

Keep on movin'
Keep climbin'
Keep the faith baby
It's all about, it's all about
The climb
Keep the faith, keep your faith, whoa


#saya hanya manusia biasa.. kadang2 jua terasa terjatuh..maaf saya xkuat...

to be continued jika masih diberi nafas olehNYA...

Thursday, January 31, 2013

Aku jua punya masalah...


Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat murabbi agung, Rasulullah s.a.w. Juga ahlul bait, sahabat baginda, tabi tabi’in dan semua umat Islam diluar sana.

SubhanAllah, tak mampu untuk kugambarkan apa yang ada di dalam hati. Tatkala diri ini cuba mengelak daripada menjadikan laman ini seperti tempat meluahkan rasa sahaja. Cuba ku susun ayat dengan baik tetapi terlalu banyak yang ingin ku rahsiakan. Mengenangkan diri kita juga sebahagian daripada rahsia Allah. Kebaikan dan keaiban seseorang itu dijaga rapi olehNya. Dan terkadang ku bimbang kerana tersilap kata, bisa sahaja mengundang dosa.

Bukan itu sahaja… Seperti kini diuji kecekalan hatiku. Pernahkah pembaca sekalian tertanya mengapa aq suka berbunga bahasa? Kerana hati ini cuba untuk menyembunyikan banyak perasaan. Kiasan kata adalah cara yang terbaik untuk mencapai objektif itu. Supaya diri tidak larut dibawa emosi lantaran diri yang sedang diduga. Tetapi, apabila ku hulurkan kiasan kata pemujuk jiwa untuk kalian, ia juga bisa menghiburkan hatiku. Kerana ku tahu ramai di luar sana lebih berat ujiannya dariku… Dan Allah juga Maha Mengetahui setiap isi hati seorang hamba.

Ku sedar juga bahawa hakikatnya ramai yang mengambil berat tentang diri ini di luar sana. Dan ketika ada yang bertanya; "Emy ok?’ SubhanAllah, insan-insan ini sangat baik dan prihatin. Air mata pasti akan terbit, bibir ini akan diketap rapat, senyuman akan ku hulur dan kujawab pertanyaan itu dengan jawapan ‘Ok...’.

Ya Allah, kurniakanlah kekuatan dalam hatiku. Amin.

Beberapa kali diri ini diberi dua patah perkataan yang penuh hikmah;

‘Kuatkan semangat’

Bukan dari orang yang sama, tetapi oleh beberapa orang yang berlainan… Dari sang mujahid pembela akidah, dari serikandi pencari ilmu dan dari guruku yang dihormati…

SubhanAllah, hadirnya mereka bagaikan perantara kurniaan dan petunjuk Allah buat hamba. Maka segala puji bagi Allah di atas nikmat-nikmatNya.

Dan suatu ketika dahulu, guruku pernah berpesan;

‘Kamu adalah seorang pemimpin. Maka kena kuat dan tak boleh lemah. Bagaimana hendak membimbing orang jika kita sendiri tidak kuat?’

SubhanAllah. Terlalu berat dirasakan tanggungjawab ini. Dan ku tahu juga bahawa ramai lagi di luar sana yang merasai tanggungjawab yang sama. Tetapi syukur pada Allah kerana kurniaanNya yang banyak tidak terhingga. Syukur pada Allah kerana dugaanNya mengajar diri tentang banyak perkara. Syukur pada Allah kerana ujian ini menjadikan setiap hamba terasa dekat denganNya. Syukur pada Allah kerana peluang untuk ku beramal di jalan jihadNya.

to be continued jika masih diberi nafas olehNYA...



Monday, January 14, 2013

AWAK..TOLONG BACA.. SAYA SAYANG AWAK..



Aku juga wanita. Seperti kalian. Aku juga pernah tersasar dari landasan suatu ketika dulu. Aku juga pernah dikecewakan, dipermainkan, dipersendakan, dan dicarik-carik hati ini oleh insan yang bernama lelaki. Aku pernah.
Aku yakin kamu juga pernah. Kamu yang bernama wanita. Kamu pernah memberi hati kamu dengan seikhlas hati, ditabur janji manis tinggi ke langit, dihambur kata-kata yang membuat kamu berada di awangan, kamu juga pernah tersenyum lebar kerana berasa diri disayangi, ditatang bagai minyak yang penuh, dan hidupmu dipenuhi dengan kebahagiaan.
Alangkah indahnya jika dia yang halal buatmu.
Kan sayang?
Malu tak rasanya kalau kita berdampingan dengan seorang lelaki yang bukan muhrim di khalayak ramai?
Malu tak rasanya jika kita saling berpegangan tangan dengan seorang lelaki yang bukan muhrim di hadapan orang ramai?
Malu tak rasanya dengan persepsi dan pandangan orang ramai bila melihatkan keadaan kamu?
Malu tak sayang?
Ya, abaikan pandangan manusia. Utamakan pandangan Allah.
Bukankah Allah melarang kita untuk berdua-duaan bersama yang bukan mahram?
Berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim pun haram apatah lagi bergesel badan, memegang, memeluk, mencium yang bukan muhrim? Masyaallah.
Siti Aisyah r.a ada berkata:
“…demi Allah, tidak pernah Rasulullah s.a.w menyentuh tangan seorang perempuan lain yang bukan mahramnya, hanya baginda membai’ah mereka dengan percakapan.”
(Riwayat Imam Ahmad)
Subhanallah!
Bagaimana dengan kita? Berapa kali kita tersentuh dengan yang bukan muhrim sepanjang kita hidup di bumi Allah ini? Tanya pada diri sendiri. Kenang kembali dosa-dosa lalu. Astaghfirullalazim.
Wahai wanita yang disayangi Allah..
Jika kamu pernah melanggar perintah Allah dan jika kamu masih bernyawa ketika ini, saat ini, masih belum terlambat sayang.
Masih belum terlambat untuk melakukan taubat nasuha.
Masih belum terlambat untuk berubah.
Masih belum terlambat untuk membersihkan jiwa.
Masih belum terlambat selagi kita masih bernyawa.
‘kotornya aku! Adakah Allah akan menerima taubatku?!’
Insyallah sayang. Berusaha, raih kembali cinta ilahi. Jangan sesekali kamu berputus asa meraih kembali cinta Allah. Allah sentiada ada dengan kita. Sentiasa.
Wanita, mahalkan maruah dirimu. Tidakkah kamu tahu harga diri wanita tersangatlah mahal? Alangkah ruginya jika kita tidak menjaganya? Apakah yang akan kita berikan pada suami kita nanti?
Masyallah.
Berubahlah sayang, bertaubatlah. Masih belum terlambat. Bersyukurlah Allah tidak menarik kembali apa yang Dia berikan pada kamu sepanjang hayat kamu. Kembalilah padaNya.
Allah tidak pernah meninggalkan kita. Percayalah. Dia sentiasa bersama kita. Bangkitlah sayang. Keluar dari dunia yang penuh dengan noda ini. saya tahu awak bukan begitu. tidak salah untuk kita berkawan tapi pesan Allah jangan sampai kita lalai.. Utamakan akhirat. Sesungguhnya dunia hanyalah sementara. Carilah bekalan untuk akhirat sementara hayat masih dikandung badan.

## Artikel ini adalah untuk seseorang...ketahuilah saya bukan niat untuk memalukan awak..tapi Allah kurniakan rasa sayang kpd kawan..bukan saja untuk awak tapi untuk saya dan sesiapa saja... maafkan saya jika ayat2 saya buat awak terasa.. awak kawan saya..saya sayang awak..  INGAT TAU...ALLAH SAYANG AWAK..SAYA SAYANG AWAK..

to continued jika masih diberi nafas olehNYA..

Sunday, December 30, 2012

Aq rindu dia..

      Terima kasih pernah ada dihidupku, terima kasih kamu sempat menitipkan hatimu padaku namun pada akhirnya kamu mengambilnya kembali dan kemudian kamu titipkan pada seseorang selain aku, setidaknya kamu pernah tercatat ada di hariku.. Selepas kamu pergi, aku berbeza dari diriku, aku sering melamun sendiri, aku sering meyibukkan diri .. selepas kamu pergi aku jadi lebih senang menulis, walaupun entah apa yang aku tulis namun yang pasti semua yg kutulis itu untukmu meski tak ada satupun yg sempat kukirimkan padamu.. Bahkan selepas kamu pergi aku sering bernyanyi di malam-malam sepi seperti saat ini.. Dan kamu jangan risaukan keadaanku.

Aku baik-baik saja... :(

aku telah berjuang untuk melupakanmu
mencampakkanmu ke senja yang paling jauh
hujan pun jatuh
aku basah
dalam sunyi yang tak terhenti

aku telah berjuang untuk melupakanmu
menghapus semua kenangan yang dulu
airmata terjatuh
aku luka
membawa diri ke sudut paling resah

sungguh, aku telah berjuang untuk melupakanmu
tapi aku tak pernah mampu...


to be continued jika masih diberi nafas olehNYA...

Wednesday, December 26, 2012

Redha dengan apa terjadi


Assalamualakum.
Apa semua nie..semakin hari semakin xfhm dgn keadaan kamu2.. salah ke aq berkawan..salah ke aq cuba nak ambik hati kamu2.. dimana silap aq?? aq kwn dgn org ni SALAH..kwn yg org 2 SALAH...aq kwn org 2 kamu ckap aq bw citer bukan2..aq xde ape2 untuk kamu iri hati, jauh sekali harta..kamu mmg xnak aq bkawan ngan sape2 kn... aq akan cuba jauhkan diri dr bkawan ngan sume... klau itu yang akan memuaskan hati kamu2...susahkan tuk puaskan hati orang kn.. :'(
#even xde sape2 nk kwn, aq masih ada ALLAH SWT...


to be continued jika masih diberi nafas olehNYA..

Wednesday, November 14, 2012

AWK ADALAH MIMPI

      Si gadis yang penat bekerja masih menanti text dari si dia insan yang tercinta...sudah menjadi kebiasaaan sebelum tidur dan setiap pagi si dia akan selalu hantar text untuk ucap kan "SELAMAT MALAM SAYANG" dan "SELAMAT PAGI CINTA HATIKU"... dalam menanti text dari si dia..si gadis terlelap..dia terjaga dari tidur apabila si dia hantar text ucap "SELAMAT PAGI CINTA KU..."..dia tersenyum riang.. dalam keriangan si gadis..si dia telah memberitahu sesuatu perkara yang buat si gadis terpana...walaupun ayat yang di hantar berkias..si gadis memahami maksud yang di beritahu si dia..

Si dia masih lagi mencari dan mengejar cinta dari insan yang dia terlalu sayang suatu ketika dahulu...kini si gadis mengetahui bahawa dia hanya sekadar satu sandaran untuk si dia melupakan insan yang dia kasihi suatu ketika dahulu.. 

Kalau dahulu si gadis sering bertanya mengapa masih wujud segala berkaitan dengan insan yang lalu..si dia sentiasa memberi pelbagai alasan...si gadis beralah kerana itu masa lalu si dia..tapi kini ia berbeza..si gadis harus terima hakikat bahawa dia hanya sekadar sandaran...maka si gadis mula melangkah pergi kerana telah banyak di lukai..masih mekar sayang di hati begitu juga masih berbekas dan mekar kecewa yang di hadapi... 

Andai kau fahami apa aku lalui..aku izin kan kau untuk pergi mengejar si dia..dan jangan kau berpaling mencari aku lagi..izin kan aku kembali di mana tempat aku pernah bahagia sebelum bertemu dengan kau..izin kan aku bahagia dengan kenangan laluku sebelum kau hadir mewarnai hidupku... 

 
 ### Awak adalah sperti mimpi yang datang untuk pergi dan haya seperti angin yg dapat rasa seketika..###

 To be continued jika masih diberi nafas olehNYA....

Tuesday, October 23, 2012

Kembali Nyata

Dh lama bw diri... merajuk dgn dunia.. sampai dh lupa nak senyum..gelak2 mcm dulu..sy xsedar yg sy masih punya kwn,masih punya fmly ...maafkan sy.. sume 2 kesilapan sy.. now sy dh jumpa jln keluar..terima kasih allah...
to be continued jika msih diberi nafas olehNYA

Monday, October 22, 2012

MENYENDIRI ITU INDAH

Kadangkala kita perlu SENDIRI, untuk lebih BAHAGIA..untuk lebih tahu letak duduk hati kita dimana kan? Selamat menemukan hati, moga letaknya ditangan NYA..

Jagalah HUBUNGAN dengan Allah .. jaga iman kita kerana IMAN itulah yang akan membuatkan hati selalu TENANG..selalu BERSANGKA BAIK dengan Allah, selalu mendapat pentunjuk dan nasihat drpd Allah.. Bila tersilap langkah, Allah akan betulkan ..bila gerak kerja melemah, atau ada yang tidak kena ..Allah akan bagi TANDA-TANDANYA..insyaallah....

to be continued jika masih diberi nafas olehNYA...

Thursday, August 30, 2012

Terasing

assalamualaikum....

Aq memang selalu terasing dalam dunia ni... xmampu aq nyatakan 1 persatu... saat aq terjatuh, aq selalu terfikir kenapa aq selalu diuji sehebat ini.... aq selalu terasa dunia ini suram untuk aq.. 1 persatu ujian diberi.. aq selalu redha.. dalam keredhaan aq sering jua terduduk menangis ..perit aq rasakan tiada siapa yang tahu.. moga ada sinar harapan wlau bukan di dunia smoga di akhirat kelak..




”Cukuplah Allah bagiku, tidak ada tuhan selain Dia.Hanya kepadaNya aku bertawakkal,dan Dia adalah tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung.” 


to be continued jika msaih diberi nafas olehNYA...

♥ BIAR DIA TAHU, SAYA TAK KISAH ♥



Biar dia SALAH SANGKA.. Biar dia SALAH ANGGAP.. Biar dia SALAH MENDUGA.. Biar dia TAHU YANG BURUK.. Sebelum MENGHARAP yang baik²..

Kalau dia IKHLAS, dia akan sedia MENERIMA KEKURANGAN yang ada, dari hanya mengharap yang baik dan sempurna..


Apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikan, bila dia TIDAK BOLEH MENERIMA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN? Biar dia tahu saya tak pandai itu, saya tak pandai ini..

Biar dia tahu, saya mungkin tak dapat memenuhi EXPECTATION dia yang tinggi melangit itu.. Biar dia tahu, saya pernah punya MASA LALU yang tidak sebaik insan lain, namun saya masih punya MASA HADAPAN, itu yang pasti..

Biar dia tahu, biar dia buat keputusan supaya dia tidak rasa TERTIPU dengan apa yang dia lihat sahaja, supaya dia tidak menyesal kelak..

So, tak kisahlah, ada jodoh ada lah kan? trust HIM/HER more.. kita mesti lebih prefered dilihat sebagai diri kita yang tak sempurna.. Biarlah mereka tahu kita tidak tahu itu, tidak tahu ini, dari mereka melihat kesempurnaan kita yang konon kita maha baik & serba tahu dalam semua hal. be yourself is much better then u lie!


nota kaki     * I'm glad to be me even it's hard to be me.. (^_^)
              * Alhamdullilah sy dah semakin kuat even tanpa dy...


to be continued jika masih diberi nafas olehNYA..

Tuesday, August 14, 2012

Biarkan ia terjadi...serah pada DIA..


Serah pada DIA..
Jangan marah saat ada yg MENGHINA kita, doa kan hinaan itu berbalik KEMULIAAN..
Jangan marah saat ada yg MEMBENCI kita, doakan kebencian itu menjadi KASIH-SAYANG..
Jangan marah saat ada yg MENYAKITI kita, doakan sakit itu berubah menjadi KEBAHAGIAAN..
Jangan marah saat ada MASALAH, doakan masalah kita itu menjadi ladang AMAL yg bermanfaat.
Jadikan KESALAHAN menjadi PENGALAMAN yg terbaik nanti agar tidak kita mengulanginya lagi..

p/s : Kita sering memandang sepi dgn teguran yg di beri tatkala tdak suka dgn c pemberi tguran (nasihat) trsebut. Jika dirasa kedudukannya hina atau rendah maka teguran itu sering saja kta abaikan. Tapi bila teguran itu datang dari seseorang atau tokoh/artis yg kita kagumi, yg disanjung barulah kita ada rasa hormat. Saudaraku, kita tak akan tahu siapa yg ALLAH pilih untk menyampaikan pringatannya kpda kita, krana di mata Allah, kedudukan kita adalah sama sahaja.





to be continued jika masih diberi nafas olehNYA...

Thursday, July 19, 2012

Semuanya kerana C.I.N.T.A

Dulu,hati awak terluka..Dia telah permainkan hati awak..Kesian kat awak.. sama seperti saya..

Tiba-tiba awak minta hati saya..Saya bagi hati saya kat awak..even pada mula saya takut..takut kalau awak tinggalkan saya..Awak gembira,saya pun turut gembira.. saya xnak awak sedih ...



Saya ceria dapat tengok semula senyuman ceria awak itu..Indahnya saat itu..suka duka kita selalu berkongsi bersama.. sejak bulan lepas awak digantung kerja.. awak cakap awak dah xde daya..xkuat.. saya tampil bg awak semangat.. bg awak senyuman ... saya berkorban hanya demi awak.. tapi dalam masa yang sama  saya bagi awak kekuatan , awak xpernah tahu pada masa yang sama sikit demi sedikit saya ilang kekuatan itu.. saya sakit wak... maafkan saya wak... saya bukan xnak awak tahu.. saya xnak tambah beban awak.. saya xnak awak rasa ape saya rasa...


Tapi akhir-akhir ini awak selalu termenung..Tak seceria dulu..Sikap awak dah mula berubah..Saya tertanya-tanya kenapa?..awak selalu cari salah saya walau salah saya sebesar zarah.. tapi saya tetap sabar.. saya fikir mungkin disebabkan masalah yang awak hadapi..Saya pura-pura tidak tahu sebab saya tak nak kehilangan awak dan saya tak nak awak tinggalkan saya..

Saya dah tak tahan lagi dengan sikap awak..Hati saya sakit dengan sikap awk itu..Saya tanya awak berulangkali adakah awak masih sayangkan dan cintakan saya tak..tapi awak mengaku yang awak sayangkan saya lagi dan xkan pernah tinggalkan saya..Saya makin keliru..

Saya tahu awak tak dapat tipu diri sendiri lagi..Akhirnya awak tinggalkan saya tanpa kata.. awak..Mengapa awak sanggup buat saya macam ni..Awak telah menghancurkan hati saya..Saya tak pernah pun permainkan hati..Awak saya pun ada perasaan..

Saya tak berdaya untuk membuat awak kembali kepada saya semula..Saya sedar siapa saya..Saya harap awak akan berbahagia ...Saya bahagia jika awak bahagia..Walau hakikatnya saya berduka..Biarlah saya terus begini sendiri..

Terima kasih awak..Sebab sudi hadir dalam hidup saya walau hanya seketika.. pulangkan hati saya.....





to be continued jika masih diberi nafas olehNYA.....

Wednesday, July 18, 2012

Ya Allah kuatkan hatiku yang sedang derita kerna janji manusia.....

Assalamualaikum.....

Sejak 2 menjak, aku rasa tiada lagi kekuatan ..kekuatan yg sama mcm dulu..begitu banyak dugaan yang kau berikan Ya Allah.. dalam rasa yang sama aku bersyukur DIA memilih aku tuk hadapi dugaan ini.. terima kasih Ya Allah kerna memilih aku ... 


Ya Allah kau berikanlah daku kekuatan dalam usia yang muda ini agar aku tidak mengikutkan hati, berikanlah ku kesabaran atas setiap apa yang menimpa diri ini. Ya Allah teguhkan imanku walaupun apa yang datang agar aku tidak mudah goyah dan cepat putus asa. Moga apa yang berlaku menjadikan aku seorang wanita yang kuat.




Ku yakin setiap kesedihan yang datang ini pasti ada kebahagian yang tersembunyi disebaliknya. Ya Allah masih banyak yang aku belum tahu tentang ilmuMu. Izinkan aku meminjam ilmumu Ya Allah yang Maha Penyayang.

Moga hari esok yang aku temui adalah lebih baik daripada hari ini yang telah aku lalui. Jadikan aku perhiasan dunia yang akan disayangi oleh insan yang bernama suami. Jauhkan aku daripada sebarang saitan yang bertopingkan manusia, yang berlidah cabang dan jauhkan aku dari insan-insan yang mudah melafazkan janji tetapi tidak melaksanakan janjinya.

Moga ruang masa sementara hanyat ku masih bernafas dapat aku beribadat kepadamu. Ya Rabbi sesungguhnya hidup dan matiku hanyalah untuk mu. CINTA ABADIKU hanyalah untuk mu dan kekasihmu Ya Rasulullah SAW.

Aku bersyukur walaupn hatiku perit kerna janji insan manusia yang hanya pandai berjanji dan tidak mengotakannya membuatku lebih dekat padaMU, Ya Allah sesungguhnya janjimu benar dan pasti akan berlaku. Sanggup aku harungi segala rintangan untuk mendapatkan CINTA ABADIMU Ya ALLAH. Tidakku berpaling kebelakang setelah aku temui Cinta ynng menenangkan hati iaitu dengan mengingatimu Ya Rabbi.


Maafkan aku .. aku xde tmpat tuk meluahkan apa yang aku rasa... klau korang xsuka ape yang aku luahkan selama ni, xpayah la singgah kt blog aku yer.. 


nota dr hati::: tuk dy yg prnah brtakhta dhati ini, terima kasih melukai hatiku.. insyaallah aku akan kuat... tlg jangan tinggalkn doamu tuk aku.. aku dah ada DIA.. ckup la DIA tuk aku....terima kasih allah.. 







to be continued jika masih diberi nafas olehNYA...



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

click to create your own