CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Tuesday, July 27, 2010

Secebis Ingatan Buat Adam

Adam…
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Wahai Adamku…
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam…Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.


Adam…
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi… aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun…terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.

Adam…
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku. Dimana perginya keadilanmu. Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap dirumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut… Tapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam..
Mengapa kau biarkan aku begini?
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad s.a.w terhadap mereka?
Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam…
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu Sembilan, nafsumu satu. Aku… akalku satu, nafsuku Sembilan.
Dari itu Adam…pimpinlah, bimbinglah, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam…
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.

Maafkan aku sekali lagi Adam…
Andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah didadamu. Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.

Waspadalah Adam…
Andai auratku terdedah…andai suaraku mengatasimu… andai langkah seiringmu…andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.
Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi…
Tetapi percayalah!!!...bukan emas yang kucari…bukan berlian yang kupinta… tetapi…hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu…Adam…
Dengarlah…keluhan hatiku buat dirimu…

Ikhlas dari Hawa…
Abad ini…



www.iLuvislam.com




To be continued Jika masih diberi nafas olehNYA...

Sunday, July 18, 2010

Letakkan beban, berlari menuju kehidupan baru...

Assalamualaikum...dah lame aq xupdate blog nie..bz skit...tmbah plak my lappy rosak...pe la slh aq ..satu demi satu mnde yang aq syg pergi...ermmm sedih sgt..sume impian aq mungkinkah telah hancur...aq tau aq xpatut berputus asa...

KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”- Surah al-Ankabut ayat 2-3

17/7/2010 sebelum tarikh ni, aq dh fikir masak2 tuk aq mulakan hidup baru..dalam kul 12, dengan menaiki bas ditemani rasa sedih dan tanpa ditemani sape2 aq menuju ke UMT , di mana tempat aq study...dilubuk hati masih tertanya2 betul kah aq buat keputusan nie...YaAllah..kuatkan lah semangat aq ini..aq sampai kira2 dalam kul 2 ptg...naseb baek aq mempunyai member2 ketika aq jatuh dan bangun..dengan adanya dyorang..aq mampu berdiri kembali...aq nak korang tau..sampai hayat aq perlu korang..luv u all so much...aq tau korang mungkin xtau kenapa aq perlu buat keputusan camnie...aq syg time stdy aq..aq ske study ..nak2 klau ngan korang...tp biarlah aq jer yg tau..pada pendengar setia aq..thanks a lot...aq sentiasa menghargai kamu...

18/7/2010 ini lah tarikh yg paling aq xkan lupakn sampai bila2...di mana aq telah membuat keputusan untuk berhenti study...dah isi borang out..disaat aq mengisi borang,rase nak menitis air mata..hanya Tuhan saja yang tau, betapa beratnya tuk aq mengahadapinya...memang impian utama ku adalah mendapat degree, tp bukn rezeki tuk course Software Engineering...aq ade tanggungjawab yang perlu diselesaikan...jika ini jalan takdir ku, aq terima dengan redha...

selepas ini aq perlu or harus hadapi apa2 kemungkinan yang akan berlaku...sumpah aq xkan menyesal dengan keputusan ini....pada sape2 yg telah bagi dorongan dan semangat pada aq..terima kasih banyak2..tanpa korang aq xmampu sekuat ini...doakan aq berjaya dalam apa jua aq lakukan.....ni ayt khas tuk angah iaitu abg aq "angah..walau org bhnti study skang, xbermakna org xkn smbung lg..insyaallah...hanya 1 aq pinta..berikan aq kata2 doronganmu di mana  sampai hayat aq perlu kamu"...letakkan beban,aq  berlari menuju kehidupan baru..insyaallah

to be continued jika masih diberi nafas olehNYA..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

click to create your own