CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Thursday, January 31, 2013

Aku jua punya masalah...


Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat murabbi agung, Rasulullah s.a.w. Juga ahlul bait, sahabat baginda, tabi tabi’in dan semua umat Islam diluar sana.

SubhanAllah, tak mampu untuk kugambarkan apa yang ada di dalam hati. Tatkala diri ini cuba mengelak daripada menjadikan laman ini seperti tempat meluahkan rasa sahaja. Cuba ku susun ayat dengan baik tetapi terlalu banyak yang ingin ku rahsiakan. Mengenangkan diri kita juga sebahagian daripada rahsia Allah. Kebaikan dan keaiban seseorang itu dijaga rapi olehNya. Dan terkadang ku bimbang kerana tersilap kata, bisa sahaja mengundang dosa.

Bukan itu sahaja… Seperti kini diuji kecekalan hatiku. Pernahkah pembaca sekalian tertanya mengapa aq suka berbunga bahasa? Kerana hati ini cuba untuk menyembunyikan banyak perasaan. Kiasan kata adalah cara yang terbaik untuk mencapai objektif itu. Supaya diri tidak larut dibawa emosi lantaran diri yang sedang diduga. Tetapi, apabila ku hulurkan kiasan kata pemujuk jiwa untuk kalian, ia juga bisa menghiburkan hatiku. Kerana ku tahu ramai di luar sana lebih berat ujiannya dariku… Dan Allah juga Maha Mengetahui setiap isi hati seorang hamba.

Ku sedar juga bahawa hakikatnya ramai yang mengambil berat tentang diri ini di luar sana. Dan ketika ada yang bertanya; "Emy ok?’ SubhanAllah, insan-insan ini sangat baik dan prihatin. Air mata pasti akan terbit, bibir ini akan diketap rapat, senyuman akan ku hulur dan kujawab pertanyaan itu dengan jawapan ‘Ok...’.

Ya Allah, kurniakanlah kekuatan dalam hatiku. Amin.

Beberapa kali diri ini diberi dua patah perkataan yang penuh hikmah;

‘Kuatkan semangat’

Bukan dari orang yang sama, tetapi oleh beberapa orang yang berlainan… Dari sang mujahid pembela akidah, dari serikandi pencari ilmu dan dari guruku yang dihormati…

SubhanAllah, hadirnya mereka bagaikan perantara kurniaan dan petunjuk Allah buat hamba. Maka segala puji bagi Allah di atas nikmat-nikmatNya.

Dan suatu ketika dahulu, guruku pernah berpesan;

‘Kamu adalah seorang pemimpin. Maka kena kuat dan tak boleh lemah. Bagaimana hendak membimbing orang jika kita sendiri tidak kuat?’

SubhanAllah. Terlalu berat dirasakan tanggungjawab ini. Dan ku tahu juga bahawa ramai lagi di luar sana yang merasai tanggungjawab yang sama. Tetapi syukur pada Allah kerana kurniaanNya yang banyak tidak terhingga. Syukur pada Allah kerana dugaanNya mengajar diri tentang banyak perkara. Syukur pada Allah kerana ujian ini menjadikan setiap hamba terasa dekat denganNya. Syukur pada Allah kerana peluang untuk ku beramal di jalan jihadNya.

to be continued jika masih diberi nafas olehNYA...



Monday, January 14, 2013

AWAK..TOLONG BACA.. SAYA SAYANG AWAK..



Aku juga wanita. Seperti kalian. Aku juga pernah tersasar dari landasan suatu ketika dulu. Aku juga pernah dikecewakan, dipermainkan, dipersendakan, dan dicarik-carik hati ini oleh insan yang bernama lelaki. Aku pernah.
Aku yakin kamu juga pernah. Kamu yang bernama wanita. Kamu pernah memberi hati kamu dengan seikhlas hati, ditabur janji manis tinggi ke langit, dihambur kata-kata yang membuat kamu berada di awangan, kamu juga pernah tersenyum lebar kerana berasa diri disayangi, ditatang bagai minyak yang penuh, dan hidupmu dipenuhi dengan kebahagiaan.
Alangkah indahnya jika dia yang halal buatmu.
Kan sayang?
Malu tak rasanya kalau kita berdampingan dengan seorang lelaki yang bukan muhrim di khalayak ramai?
Malu tak rasanya jika kita saling berpegangan tangan dengan seorang lelaki yang bukan muhrim di hadapan orang ramai?
Malu tak rasanya dengan persepsi dan pandangan orang ramai bila melihatkan keadaan kamu?
Malu tak sayang?
Ya, abaikan pandangan manusia. Utamakan pandangan Allah.
Bukankah Allah melarang kita untuk berdua-duaan bersama yang bukan mahram?
Berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim pun haram apatah lagi bergesel badan, memegang, memeluk, mencium yang bukan muhrim? Masyaallah.
Siti Aisyah r.a ada berkata:
“…demi Allah, tidak pernah Rasulullah s.a.w menyentuh tangan seorang perempuan lain yang bukan mahramnya, hanya baginda membai’ah mereka dengan percakapan.”
(Riwayat Imam Ahmad)
Subhanallah!
Bagaimana dengan kita? Berapa kali kita tersentuh dengan yang bukan muhrim sepanjang kita hidup di bumi Allah ini? Tanya pada diri sendiri. Kenang kembali dosa-dosa lalu. Astaghfirullalazim.
Wahai wanita yang disayangi Allah..
Jika kamu pernah melanggar perintah Allah dan jika kamu masih bernyawa ketika ini, saat ini, masih belum terlambat sayang.
Masih belum terlambat untuk melakukan taubat nasuha.
Masih belum terlambat untuk berubah.
Masih belum terlambat untuk membersihkan jiwa.
Masih belum terlambat selagi kita masih bernyawa.
‘kotornya aku! Adakah Allah akan menerima taubatku?!’
Insyallah sayang. Berusaha, raih kembali cinta ilahi. Jangan sesekali kamu berputus asa meraih kembali cinta Allah. Allah sentiada ada dengan kita. Sentiasa.
Wanita, mahalkan maruah dirimu. Tidakkah kamu tahu harga diri wanita tersangatlah mahal? Alangkah ruginya jika kita tidak menjaganya? Apakah yang akan kita berikan pada suami kita nanti?
Masyallah.
Berubahlah sayang, bertaubatlah. Masih belum terlambat. Bersyukurlah Allah tidak menarik kembali apa yang Dia berikan pada kamu sepanjang hayat kamu. Kembalilah padaNya.
Allah tidak pernah meninggalkan kita. Percayalah. Dia sentiasa bersama kita. Bangkitlah sayang. Keluar dari dunia yang penuh dengan noda ini. saya tahu awak bukan begitu. tidak salah untuk kita berkawan tapi pesan Allah jangan sampai kita lalai.. Utamakan akhirat. Sesungguhnya dunia hanyalah sementara. Carilah bekalan untuk akhirat sementara hayat masih dikandung badan.

## Artikel ini adalah untuk seseorang...ketahuilah saya bukan niat untuk memalukan awak..tapi Allah kurniakan rasa sayang kpd kawan..bukan saja untuk awak tapi untuk saya dan sesiapa saja... maafkan saya jika ayat2 saya buat awak terasa.. awak kawan saya..saya sayang awak..  INGAT TAU...ALLAH SAYANG AWAK..SAYA SAYANG AWAK..

to continued jika masih diberi nafas olehNYA..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

click to create your own