CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Thursday, July 19, 2012

Semuanya kerana C.I.N.T.A

Dulu,hati awak terluka..Dia telah permainkan hati awak..Kesian kat awak.. sama seperti saya..

Tiba-tiba awak minta hati saya..Saya bagi hati saya kat awak..even pada mula saya takut..takut kalau awak tinggalkan saya..Awak gembira,saya pun turut gembira.. saya xnak awak sedih ...



Saya ceria dapat tengok semula senyuman ceria awak itu..Indahnya saat itu..suka duka kita selalu berkongsi bersama.. sejak bulan lepas awak digantung kerja.. awak cakap awak dah xde daya..xkuat.. saya tampil bg awak semangat.. bg awak senyuman ... saya berkorban hanya demi awak.. tapi dalam masa yang sama  saya bagi awak kekuatan , awak xpernah tahu pada masa yang sama sikit demi sedikit saya ilang kekuatan itu.. saya sakit wak... maafkan saya wak... saya bukan xnak awak tahu.. saya xnak tambah beban awak.. saya xnak awak rasa ape saya rasa...


Tapi akhir-akhir ini awak selalu termenung..Tak seceria dulu..Sikap awak dah mula berubah..Saya tertanya-tanya kenapa?..awak selalu cari salah saya walau salah saya sebesar zarah.. tapi saya tetap sabar.. saya fikir mungkin disebabkan masalah yang awak hadapi..Saya pura-pura tidak tahu sebab saya tak nak kehilangan awak dan saya tak nak awak tinggalkan saya..

Saya dah tak tahan lagi dengan sikap awak..Hati saya sakit dengan sikap awk itu..Saya tanya awak berulangkali adakah awak masih sayangkan dan cintakan saya tak..tapi awak mengaku yang awak sayangkan saya lagi dan xkan pernah tinggalkan saya..Saya makin keliru..

Saya tahu awak tak dapat tipu diri sendiri lagi..Akhirnya awak tinggalkan saya tanpa kata.. awak..Mengapa awak sanggup buat saya macam ni..Awak telah menghancurkan hati saya..Saya tak pernah pun permainkan hati..Awak saya pun ada perasaan..

Saya tak berdaya untuk membuat awak kembali kepada saya semula..Saya sedar siapa saya..Saya harap awak akan berbahagia ...Saya bahagia jika awak bahagia..Walau hakikatnya saya berduka..Biarlah saya terus begini sendiri..

Terima kasih awak..Sebab sudi hadir dalam hidup saya walau hanya seketika.. pulangkan hati saya.....





to be continued jika masih diberi nafas olehNYA.....

Wednesday, July 18, 2012

Ya Allah kuatkan hatiku yang sedang derita kerna janji manusia.....

Assalamualaikum.....

Sejak 2 menjak, aku rasa tiada lagi kekuatan ..kekuatan yg sama mcm dulu..begitu banyak dugaan yang kau berikan Ya Allah.. dalam rasa yang sama aku bersyukur DIA memilih aku tuk hadapi dugaan ini.. terima kasih Ya Allah kerna memilih aku ... 


Ya Allah kau berikanlah daku kekuatan dalam usia yang muda ini agar aku tidak mengikutkan hati, berikanlah ku kesabaran atas setiap apa yang menimpa diri ini. Ya Allah teguhkan imanku walaupun apa yang datang agar aku tidak mudah goyah dan cepat putus asa. Moga apa yang berlaku menjadikan aku seorang wanita yang kuat.




Ku yakin setiap kesedihan yang datang ini pasti ada kebahagian yang tersembunyi disebaliknya. Ya Allah masih banyak yang aku belum tahu tentang ilmuMu. Izinkan aku meminjam ilmumu Ya Allah yang Maha Penyayang.

Moga hari esok yang aku temui adalah lebih baik daripada hari ini yang telah aku lalui. Jadikan aku perhiasan dunia yang akan disayangi oleh insan yang bernama suami. Jauhkan aku daripada sebarang saitan yang bertopingkan manusia, yang berlidah cabang dan jauhkan aku dari insan-insan yang mudah melafazkan janji tetapi tidak melaksanakan janjinya.

Moga ruang masa sementara hanyat ku masih bernafas dapat aku beribadat kepadamu. Ya Rabbi sesungguhnya hidup dan matiku hanyalah untuk mu. CINTA ABADIKU hanyalah untuk mu dan kekasihmu Ya Rasulullah SAW.

Aku bersyukur walaupn hatiku perit kerna janji insan manusia yang hanya pandai berjanji dan tidak mengotakannya membuatku lebih dekat padaMU, Ya Allah sesungguhnya janjimu benar dan pasti akan berlaku. Sanggup aku harungi segala rintangan untuk mendapatkan CINTA ABADIMU Ya ALLAH. Tidakku berpaling kebelakang setelah aku temui Cinta ynng menenangkan hati iaitu dengan mengingatimu Ya Rabbi.


Maafkan aku .. aku xde tmpat tuk meluahkan apa yang aku rasa... klau korang xsuka ape yang aku luahkan selama ni, xpayah la singgah kt blog aku yer.. 


nota dr hati::: tuk dy yg prnah brtakhta dhati ini, terima kasih melukai hatiku.. insyaallah aku akan kuat... tlg jangan tinggalkn doamu tuk aku.. aku dah ada DIA.. ckup la DIA tuk aku....terima kasih allah.. 







to be continued jika masih diberi nafas olehNYA...



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

click to create your own