CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Tuesday, May 10, 2011

FOR U...Mr. Asiteru...

Aku sebagai perempuan yang ingin dimanja dan dibelai setiap masa, aku telah korbankan keegoaanku, perasaan marahku dan juga hak ku untuk diutamakan. Aku utamakan perasaanmu, masamu dan apa-apa pun yang ingin kau lakukan. Namun salahkah aku, hanya ingin tahu apakah SELAMAT orang yang aku cintai itu..Adakah dia benar-benar perlukan aku? Aku keliru apa pentingnya aku dalam hidupmu…….aku tahu kau pernah terluka, tapi wajarkah kau melukakan aku dengan SENJATA yang sama? Aku tak ingin kau terganggu..Ambillah masamu, ambillah juga masaku seberapa lama yang kau mahu. Aku harap Tuhan berikan aku cukup kesabaran untuk melihat ke mana akan kau bawa aku..Pintaku jangan fikirkan aku, selamatkan dirimu dan fokuslah kepada apa yang perlu dahulu…Arghhh, selamat malam. Dadaku sakit lagi, mungkin ini kesan tekanan yang aku hadapi..Hanya DIA yang memahami aku…Cukuplah DIA untukku…

Kepada Lelaki Yang Mampu Mengusik Jiwaku,
Aku terjatuh cinta padamu tanpa aku rancang dan aku sedari, Aku memberikan nasihat kepadamu bukan kerana aku ingin memilikimu, tetapi agar aku merasa ketenangan itu..Ketika kau dilanda masalah, aku selalu berdiri disebelahmu bukan kerana aku ingin rapat denganmu, tetapi aku ingin mengubat diriku sendiri.

Kepada lelaki yang Berjaya mencuri hatiku,
Aku menerimamu dengan keazaman dan kerana janjimu untuk selalu bersama susah senang. Dalam keraguan aku mempersetujui lamaranmu kerana aku yakin denganmu…
Namun, aku ingin kau faham..aku bukan dia..dan aku bukan penggantinya…aku tidak sama dengannya dan aku tak tahu apa yang kau rasa…Aku mengenalimu sebagai seorang lelaki yang bertimbang rasa, tegas, ambil berat dan menyayangiku…Namun, sekarang aku tidak seperti tidak mengenalimu atau merasakan kehadiranmu…

Untuk lelaki itu,
Maafkan aku kerana lancang berbicara sehingga menyentuh sensitiviti kalbumu, Aku tidak berniat melukakan hatimu atau mengganggu tumpuanmu, Tapi hatiku juga perlu menjaga hatiku, Cukuplah hati ini dilukai berkali-kali, Aku halalkan luka ini, pergilah untuk mencari ketenangan jiwamu..cuma soalanku…pernahkah aku meminta lebih daripada yang kau mampu? pernahkah aku medahulukan keingananku lebih daripada keperluanmu? pernahkah aku tidak hormat kepadamu dan meninggalkanmu ketika kau berkeluh kesah kepadaku….mengapa kau tidak ingin mendengar suara hatiku, ketika aku benar-benar perlu???????


sungguh sukar memahamimu dan membuat kau mengertikanku…Aku menarik nafas dalam-dalam. Mataku sudah berpinar-pinar. Ada mutiara jernih bergenang dikelopak mataku..Sabarlah hati…Percayalah, setiap kesakitan itu ada harganya. Anggap saja jalanmu perlu melalui liku-liku yang berduri sebelum sampai ke destinasinya. Jika tiada yang dapat menilai harga dirimu atau menghargaimu, cukuplah hanya aku yang mencintai dan menghargai dirimu…Aku menarik nafas perlahan-lahan, kesakitan di dadaku sudah menular dari bahagian kanan ke kiri..Tidurlah wahai permaisuri, Insyaallah esok akan ada bahagia untukmu…….Maafkan aku andai aku pernah mengguris hatimu…

P/s Benda di depan mata tidak akan berharga selagi kita tidak kehilangannya…Tiada guna ada mata kalau tidak dapat melihat, tiada guna ada hati kalau tidak dapat merasa, dan tiada guna mencintai jika tidak dibajai..Hargilah insan yang anda sayangi sebelum dia berlalu pergi..Mak kata, “Jadilah teman yang paling baik untuknya, dan jadilah kekasih yang terbaik pernah dia miliki walaupun tidak semestinya bersama…..”

To be continued jika masih diberi nafas olehNYA.....

Pergilah..aku relakan....

Hari ini hatiku sunyi lagi..Seperti kali pertama aku kehilangan, hari ini aku rasai lagi perkara yang sama. Bezanya kali ini aku masih memilikinya cuma dia tiada untukku..Hilang entah ke mana, tiada khabar berita, tiada juga tanda-tanda meninggalkanku atau kembali kepadaku, yang ada cuma kesunyian antara kau dan aku..Tiada kata, pesan mahu pun pujukan, yang ada hanya harapan di sudut hati yang kelam….Betapa sakitnya hatiku kau lakukan seperti itu..

Setiap hari hati ini memikirkan dirimu..Aku paksakan diri agar melupakan dirimu namun bertapa kejamnya sang hati yang menyakitkan itu juga yang menjadi keinginannya..Aku lemah dengan kehendaknya lalu ku kirimkan pesanan menyedapkan rasa, agar kau faham gundah di jiwa..Tetapi semuanya hampa, kotak bisu itu tetap membisu seribu bahasa…Ku cuba lagi memanggil namamu, namun semuanya tetap sama…Kau terus dengan sikap mu tidak pernah berubah, dan tidak pernah ingin mengendahkan sesiapa…

Nyatanya kau hanya memikirkan dirimu sehingga sanggup membuatku begitu..Apakah salahku sehingga selayaknya aku menerima semua ini? Andai aku pernah tersalah bicara, maafkanlah aku..Namun, hukumanmu keterlaluan bagiku…Jika engkau pernah merasakan sakitnya hati dilukai, mengapa kini engkau melukakan diri ini….Di waktu kau perlu aku selalu hadir untukmu, namun ketika aku perlukan dirimu yang ada cuma aku dan hatiku yang sepi…

Hari berlalu tanpa jemu aku menunggu hadirmu..Akhirnya aku pasrah, akan aku akhiri penantian ini…Kasih, andai itu yang terbaik buatmu, biarlah ku bawa hati ini..Aku tidak ingin disakiti dan ditinggal pergi begini, aku mengubati lukamu bukan untuk kau melukakan hatiku…Aku sandarkan harapanku padamu, bukan untuk kau lempar apabila hilang sabarmu…Aku mencintaimu bukan untuk berpeleseran atau bersuka-sukaan denganmu.. Aku inginkan satu arah tujuan, dan bukan juga kesenyapan atau kesunyian di kalbu..ubatilah hatiku…….

to continued Jika masih diberi nafas olehNYA....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

click to create your own