CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Wednesday, August 17, 2011

HATI yaNG SATU...

Aq suka begini, menurut apa kehendak mereka, menghormati keputusan itu sebab semuanya adalah pelajaran dan pengajaran untuk aq, bekalan untuk di bawa bersama dalam menitip kasih dan mengerti erti nilai kasih... sendirian, haluannya entah kemana, ikut suara hati... ikut gerak hati... Aq juga ditakdirkan begitu, berteduh dari satu dahan ke satu dahan... biarpun hinggap tidak lama, mengundur diri bila terpaksa... tapi cukup untuk sementara... aq amat hargainya, kerna yang sejati dan kekal itu aku tidak tahu entah bila..

p/s aq hormat kamu..selagi kamu hrmat aq....tq


to be continued jika masih diberi nafas olehNYA....

Monday, August 15, 2011

saya tahu saya tidak cantik...




Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..

Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.

Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.

Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..


ANGGUN DI MATA ALLAH : SEBUAH KECANTIKAN SEJATI

Kecantikan terdiri dari 2 jenis; kecantikan lahir dan kecantikan batin.

Kecantikan batin (inner beauty) adalah kecantikan yang dicari kerana essensinya, seperti kecantikan ilmu, akal fikiran, dan kesucian diri. Kecantikan batin inilah yang merupakan titik pandang Allah pada diri hamba-hamba-Nya.

Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadis:

"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan postur tubuh kalian. Akan tetapi, Allah melihat pada hati kalian." (HR. Muslim).

Sebenarnya kita semua adalah makhluk ciptaan-Nya yang paling sempurna dan cantik di muka bumi ini. Allah telah menentukan sesuatu sifat dalam diri kita adalah yang terbaik. Hanya mata kita sahaja yang diselaputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian.

Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? Bukankah periuk orang lain sentiasa putih daripada apa yang kita ada? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu jauh lebih baik daripada apa yang kita miliki.

Sedangkan nabi Muhammad S.A.W sendiri telah menasihatkan kita agar melihat orang yang kurang bernasib baik. Jangan melihat orang yang lebih bertuah kerana itu akan membuatkan kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar yang sempurna dalam kehidupan seharian. Sentiasa mahukan yang lebih bagus daripada orang lain.

Kita ada biduk, tetapi dalam masa yang sama berkehendakkan serempu pula. Tidak terkecuali dengan saya. Siapa yang tidak suka mendengar pujian melangit kerana cantik, bukan?

Ketika zaman bersekolah, semuanya kena bersaing atau sekurang-kurangnya sama dengan kawan-kawan. Pakai baju ketat, seluar sendat, dari tudung sehinggalah kepada kasut, kalau boleh semua mengikut peredaran fesyen. Pendek kata melaram berlebihan. Cuba bayangkan betapa banyak dosa yang terpaksa saya tanggung semata-mata untuk kelihatan trendy seperti itu? Syukurlah kesedaran datang sebelum lebih banyak dosa terkumpul.

Sekarang ini nak pergi mana pun, satu yang sentiasa perlu tanamkan dalam kepala adalah "bersederhana dalam berfesyen". Cukup dengan hanya menempel "wudhu'" di wajah, bertudung dan tidak memakai pakaian ketat yang menonjolkan bentuk badan.

Untuk itu, mari kita belajarlah untuk berkata Alhamdulillah dengan apa yang ada pada diri kita. Sedarlah, kecantikan bukan terletak pada secantik mana fizikal kita dilihat oleh mata orang lain, atau 'setrendy' mana pakaian yang telah membaluti tubuh masing-masing. Tetapi secantik mana kita di mata Allah.


to be continued jika masih diberi nafas olehNYA...


Sunday, August 14, 2011

MOOD RAYE....baju raye xde lg....huhu

Salam ramadhan tuk sume...

## selamat berpuasa

## selamat berbuke

## mood::: rindu pd yang telah pergi ( mydad)
(al-fatihah...semoga Allah swt mncucuri rahmat keatasnya)T_T

## Sorry..siyes xde ape nk di postkan....NO IDEA...tp dh dlm mood raye..tp baju raye xde pun lg...
xde nk g mne pun....huhuh



to be cntinued jika masih diberi nafas olehNYA....

Wednesday, August 10, 2011

KISAH BENAR -Bila Hati Sudah Mati

kisah benar utk dijadikan renungan terutama bg lelaki. Setiap yg Allah swt kurniakan tak kira sempurna atau tidak pada pandangan mata kita, ia adalah anugerah, amanah yg tak terhingga nilainya. Isteri dan anak utk disayang sampai bila2, bukan utk dibuang bila dah "tak berguna"..

Ini cerita pasal rakan baik saya. Wife dia kena barah buah dada....dia dah mula cari spare tayar, dapat lak student ipta..muda lagi. wife dia kena buang sebelah buah dada...kawan saya ni dah geli utk bersama dengan wife nya.Bln 12 tahun lepas kawan saya kawin dengan 2nd wife dia yg baru umur 21 tahun....

Masa cuti thaipusam hari tu, kawan saya bawa wife no.2 tinggal dengan wife no.1 dan yg paling kejam...wife no.1 kena keluar dari bilik master bed room.. untuk kasi laluan kat wife no.2...kejam kejam

saya sampai sekarang tak boleh terima perbuatan kawan baik saya tu yg halau wife no.1 keluar bilik, walaupun tindakan dia kawin tu..saya tak kisah sangat...tapi jauh di sudut hati saya...memang terasa kejam...sebab wife dia masih sakit dan tak terfikir ke dia pengorbanan wife no.1 jaga dia dulu dan 4 orang anaknya.

masa thaipusam tu, saya sempat lah cakap dgn dia kat luar rumah, coz kawan saya tu jiran sebelah rumah- we all sama2 beli rumah masa bujang. saya cakap sampai hati dia buat camtu kat wife no.1, kawan saya marah saya balik, hal rumahtangga dia, saya jgn campur..dah kena camtu....saya malas lah nak bertekak...

saya ada gak suruh dia asingkan dua dua isteri...dia tak nak...dia kata payah dia nak berulang alik. lantaklah.....biar tuhan je balas di atas perbuatan kejamnya ke atas wife no.1.

kawan saya tu sebaya gan saya umur 35 tahun, wife no.1 kawan saya tu umur 39 tahun. Tua dari kawan saya tu. Masa kawan saya belajar dulu...memula dia dengan wife no.1 sebagai kakak dan adik angkat....wife dia dah kerja sebagai
operator kilang...so wife no.1 tu banyak support study kawan saya
tu...lepas tu dah jodoh dia orang kawin..

mungkin sebab perbezaan umur yg perempuan lebih tua, menyebabkan kawan
saya berubah arah.. tak tahu lah saya nak cakap... tapi yg buat saya
bengang...ade ke...kawan saya tu....selalu pujuk saya sampai lah ni
supaya jadi cam dia...cari no.2... tak sampai hati saya nak duakan isteri tersayang saya tu.

saya memula tak tahu gak yg kawan saya tu , bawa wife no.2 dia tinggal sama ngan wife no. 1 masa thaipusam..tapi bila saya dengar kecoh dari rumah sebelah...saya jengoklah...saya nampak kawan saya tengah campak baju2 wife no.1 dari balconi....wife saya sampai nangis bila tengok peristiwa tu...

kat bawah...saya tengok...anak2 dia yg 4 org tu dgn maid...menangis2 pungut baju mak dia...kawan saya menjerit2 dari atas balconi..cakap...
"kau org cakap gan mama kau...kalau nak papa jaga sampai mampus...jgn lawan cakap papa..."

tak boleh saya bayangkan macam mana perasaan anak2 dia bila dengar papa dia cakap camtu...anak anak no.1&2 perempuan, 3 & 4 lelaki. saya rasa tujuan utama dia halau wife no.1 dan bagi laluan kat wife no. 2 ialah sebab ada jacuzzi dalam bilik utama tu...so...seronoklah dia berendam & mandi sama2 gan wife no.2 dalam jacuzzi tu. saya ingat lagi..saya dengan kawan saya tu...sama2 pi pilih jacuzzi dan pasang kat bilik masing2 dulu...

maaf lama saya nak sambung cerita kawan saya nie. Ini kerana saya sibuk menguruskan urusan pengebumian, dan kenduri aruah wife no.1 kawan saya tu.

aruah baru je meninggal dunia pada hari sabtu 25/1/03...sedangkan
suaminya - rakan baik saya tiada di malaysia kerana honeymoon dengan wife no.2 ke France. Rakan saya sudah berlepas pada malam 24/1/03 lagi.

apabila saya balik rumah setelah menghantar rakan baik saya ke airport changi, Maid aruah call mengatakan yg aruah mengalami sesak nafas...saya kelam kabut ke rumah sebelah..utk bawa aruah ke hospital...sebelum aruah pergi kehospital...dgn kepayahan aruah mencium dua anak kembarnya
(no.3,4) yg berusia 3 tahun yg sedang tidur. aruah juga berpesan kepada 2 anak perempuan ( no 1 dan 2) yg berusia 6 dan 5 tahun supaya menjaga adik-adiknya. Mungkin aruah dah tahu yg dia akan pergi

Hanya saya dan maid aruah sahaja yg menghantar aruah ke hospital. wife saya menunggu di rumah rakan saya. beberapa kali masa dalam perjalanan aruah berpesan kat saya supaya tolong tengok2 kan anaknya...

Saya masa tu hanya menginggalkan pesanan sms kat rakan saya yg isteri sakit kerana rakan saya masih dalam penerbangan. saya juga sempat menelefon abg aruah yg berada di Kluang supaya datang segera .aruah hanya mempunyai dua beradik sahaja, mak& ayah aruah sudah tiada.

masa kat hospital, aruah sempat berpesan dengan doktor, jgn lakukan rawatan yg teruk2 kerana dia dah nak pergi...memang sedih masa tu. dah puas saya menangis dua/3 hari ni.

masa abg aruah sampai dari kluang ke hospital...aruah masih dalam bilik rawatan....abg aruah terlampau geram bila tahu, adik iparnya pergi melancong. masa tu aruah dah koma dan tak lama lepas tu, aruah pergi dengan tenang. dan abg aruah yg membuat keputusan agar jenazah aruah segera di kebumikan tanpa menunggu kepulangan suaminya.

saya dengan abg aruah yg sibuk menguruskan urusan utk mengeluarkan
jenazah.Banyak perkara saya pelajari, seperti mendapatkan pengesahan kematian oleh doktor, lepas tu kena buat laporan kematian di balai polis, dan balai polis mengeluarkan sijil kematian dan permit pengebumian , kemudian dengan sijil kematian dan permit pengebumian, kami terpaksa ke hospital utk
pengeluaran jenazah dan juga urusan2 lain.

Alhamdulilah utk urusan pengembumian jenazah,jawatankuasa masjid telah banyak membantu saya. semua urusan pengebumian seperti pembelian peralatan, mengali dsbnya diuruskan oleh jawatankuasa masjid. satu malam saya dan abg aruah tidak tidur.

dalam pukul 10 lebih 25/1/03 pagi barulah jenazah aruah dapat di bawa kerumahnya dan selepas zuhur jenazah aruah selamat di kebumikan.

Suami aruah hanya menelefon semasa jenazah aruah di bawa pulang ke rumah dan saya memberikan jaminan bahawa semua urusan akan saya selesaikan dan supaya rakan saya tu meneruskan percutian, dalam kepala saya masa tu tak de fikir utk marahkan rakan saya tu, hanya yg terlintas utk selesaikan urusan pengebumian sahaja.

masa jenazah dirumah anak2 aruah yg no.1 dan 2 dah tahu ibunya sudah tiada, tapi yg kembar tu..sibuk tanya kenapa mama tidur kena tutup..sedih sgt saya. saya hanya berupaya memeluk dua kembar tu supaya senyap...tapi airmata saya meleleh juga.saya kenal aruah masa saya form 4 di mrsm, masa tu saya saya dan rakansaya sama2 belajar di mrsm. masa form 4 lah rakan saya menjadi yatim piatu kerana bapanya meninggal dan aruah yg selalu menjadi perangsang kepada rakan saya tu. Lepas spm, we all dapat tawaran ke USA. setiap bulan rakan saya tu mendapat kiriman wang dari aruah kak zai tidak kurang dari $100 USD.

masa pengebumian saya antara yg menyambut jenazah dari dalam lubang kubur utk diturunkan ke liang lahad. saya memegang bahagian kepala jenazah, dan saya merasakan bahawa aruah sedang menenung saya, sedih masa tu.

Masa urusan pengebumian tu, anak2 aruah yg kembar hanya memandang sahaja.Tetapi bila tanah di kambus, barulah yg kembar tu menangis, tapi dipujuk oleh wife saya.

suami aruah akan kembali pada hari rabu 29/1/03. dan sehingga hari ni, setiap malam ke empat2 anak aruah tidur bersama sama saya...mereka rindukan aruah mama mereka, dan juga papa mereka. Boleh dikatakan budak2 tu selalu je mengigau bila tidur panggil mama...mama...mama...dan saya terpaksa memujuk dgn mengatakan...senyap2 sayang...papa ada...dan saya berharap agar allah..berikan hidayah kat rakan saya tu...supaya dia sedar akan kekejaman dia dan AL-FATIHAH lah kiriman kita semua yg masih bernafas dibumi ini untuk arwah kak zai...

Wanita yg baik adalah wanita yg tak kan sanggup melihat wanita lain dihina macam ni..

(diambil dari sebuah laman web, penulis asal tidak dinyatakan..bg mereka yg dah bace, fikir2kan isi tersirat dalam kisah ni..)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

click to create your own