CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Saturday, September 10, 2011

saya sayang awak...

Saya sayang dia. Sayang sangat-sangat. Tapi entahlah, semakin lama saya rasa saya dan dia semakin jauh. Walaupun kami dekat. Dekat sangat-sangat. Dekat yang jauh.

Bukan salah dia. Salah saya. Semuanya salah saya. Saya yang gagal mengawal hati. Hati yang semakin lama semakin tercemar oleh perasaan tidak puas hati. Apa sebenarnya yang saya cari?

Saya sayang dia. Sebab tu saya benci perasaan ini. Saya mahu sayang dia. Sayang dengan setulus hati. Saya cuma mahu menyayangi dia. Bukannya membenci.

Bukan salah dia. Dia memang tidak sempurna. Saya pun sama. Kenapa saya harus bandingkan dia dengan orang lain. Saya tahu dia yang terbaik. Setidak-tidaknya untuk saya.

Saya sayang dia. Dan mahu tetap menyayangi dia. Selama-lamanya. Sepanjang hayat saya. Di dunia dan juga di akhirat.

Bukan salah dia. Dia dah buat yang terbaik. Beri yang terbaik. Cuma yang terbaik. Silapnya dari saya. Saya yang tak pernah mahu mengerti.

Saya sayang dia. Saya rasa bersalah. Sangat-sangat. Saya tahu saya yang tak patut. Saya yang melampau. Puncanya adalah saya.

Bukan salah dia. Semakin dingin dan beku. Sayalah yang menjadi ais. Protes dalam diam. Senyap. Sunyi. Tak bersuara. Apa sebenarnya yang saya mahu?

Saya sayang dia. Kenapa jadi begini? Kenapa saya jadi begini? Kenapa saya dan dia jadi begini? Jawapannya adalah pada saya.

Bukan salah dia. Bukan salah sesiapa.

Saya sayang dia. Saya rindu dia.

Bukan salah dia.

Saya sayang dia.

Saya rindu pada masa lalu.

Saat dia ckp "sy syg awk sgt.."  
 Penuh kasih.

Dan saya membalasnya "sy syg awk jgk"  itu dulu...
          sekarang,
                                                
          Saya nak cakap " hati sy bukn milik awk lg"..
          maafkan saya wak.....
          lama dah awak biarkan hati saya berlalu pergi...so what can i do....semua salah sy ker??????not blame my heart, blame my mind.....

         
p/s: Hargai yang masih ada..selagi belum hilang dari pandangan mata. Don't ever take things for granted. Sayangilah insan yang patut kita sayangi. Setulusnya =)

To be continued jika masih diberi nafas olehNYA....

No comments:

Post a Comment

Doakan untuk Teja

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

click to create your own