Tuesday, October 11, 2011
Semangat Dan Keyakinan Yang Hilang
Lama
aq tenung skrin laptop aq,beribu-ribu perkataan bermain dikotak
fikiran.. namun tiada satu perkataan yang mampu aq taip. Sesekali talian
internet aq putus-putus, aq sambung kembali, namun masih tidak mampu
mengeluarkan sebutir kata sekalipun. Sepertinya terlalu banyak persoalan
yang timbul di kepala aq sejak minggu lepas..
Azan
isyak berkumandang, ini menandakan masuk waktu solat isyak bagi kawasan
sekitarnya. Terpanggil dengan panggilan Illahi, aq kuatkan diri untuk
sembah dan bermohon kepada-NYA. Lama aq terpaku di atas sejadah
menghadap DIA yang satu.. seraya teresak-esak mengadu
kepada-NYA..Lagaknya seperti tiada lagi tempat untuk aq mengadu selain
dari-NYA...ya memang DIA tempat aq mengadu selama ini...DIA segalanya
bagiku..
Aq kembali berada di depan
laptop untuk sesi luahan hati aq di dalam blog peribadi aq ini. Kalau
blog ini kekal, mudah-mudahan ia menjadi memori indah untuk ditatapi
kamu yang membacanya.
Aq sedar, aq
tewas dengan apa yang aq rasa, aq tewas dengan apa yang aq tanggung,
akhirnya membentuk satu perasaan negatif. Aq semakin hilang semangat
untuk berjuang. Aq juga hilang keyakinan diri yang dibentuk sekian lama.
Kenapa perkara seperti ini terjadi ke atas aq????
Itu
antara persoalan besar yang aq selalu fikirkan. Dibawah persoalan
tersebut membentuk perlbagai masalah-masalah kecil yang juga menjadi
penyebab masalah sebesar itu berlaku. Malah sukar untuk aq luahkan
secara terperinci tapi ia cukup membebankan aq..aq rasa kamu pasti ingin
tahu apa yang berlaku disebalik luahan hati aq yang akhirnya
menghasilkan beratus-ratus perkataan ini. Mungkin juga akan mencapai
ribu perkataan. Percayalah, apa yang aq tanggung mungkin tidak seperti
yang aq cuba gambarkan, mungkin aq tidak pandai bermain kata. Mungkin
entri ini dilahirkan dari keadaan hati yang bercampur baur perasaannya.
Kalau
aq menangis, mungkin sebab aq sudah tidak tahan akan dugaan ini. Atau
aku menangis kerana tiada seorang pun yang mampu memahami keadaan aq
termasuk family aq sendiri. Entri seperti ini sepatutnya aq tulis sekian
lama dengan harapan kalau tidak kamu faham, cukuplah kalau orang
terdekat dengan aq yang faham. Walaupun aq tahu ramai yang tidak faham,
sebabnya aq tidak ceritakan sepenuhnya. Aq hanya beri gambaran sahaja.
Atau mungkin ia menjadi penulisan aq yang terakhir?
Kenapa aq kata macam tu? aq seperti keseorangan disini!
Penulisan
aq kali ini menjurus kepada luahan hati sebenar tapi aku masih belum
puas seperti ada sesuatu yang perlu aq tunaikan disini tetapi sesuatu
tersebut seperti tenggelam timbul. Setelah terhenti lama disini, mungkin
lebih baik sampai disini sahaja sebelum aq lebih merapu dan akhirnya
mengeluarkan kata-kata yang kurang enak..
YA
ALLAH, Jika ini jalan takdirku...aq terima dengan penuh redha...Jika
ini ujian yang KAU berikan aq terima...YA ALLAH kuat kan semangat ku ini
untuk hadapi segala dugaanMU.. berikan aq kekuatan untuk meneruskan
perjalanan hidup ini... YA ALLAH aq mohon berikan lah peluang aq hidup
dalam kesempurnaan dalam apa jua keadaan...Amin..
Bila
menulis berkenaan soal hati , mungkin ramai yang tidak menyukainya. Aq
juga mahu kamu tahu, atau mungkin pembaca setia sudah pun mengetahuinya,
asal aq menulis sememangnya bermula dengan HATI!!!
Sekurang-kurangnya bila penulisan aq ini habis disini, aq merasa sedikit lega!
to be continued jika masih diberi nafas olehNYA.....
♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥
Memang sakit bila cinta yg kit...a dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.
1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..
to be continued jika masih diberi nafas olehNYA.....
Monday, October 10, 2011
Segalanya Ku Terima
as'salam.....
why aku post lirik lagu ni???jawapannyer:: aku punye blog, aku punyer suke la...hahahah...ok2... cam ade kena mgena ngn life aku jer, 2 yg saje post 2....huhuh..pape pun mood aq xbrape nak ok jer skang....hahahha.....semua
Aku yang kehilangan
Dalam diri sendiri
Terkurung dalam bayangan mu
Gelak ketawa engkau
Bagai bertahun dulu
Mengheret ku ke syurga kita
Itu mimpi yang terkenang
Membuat aku terbuang
Tika memapah semangat yang masih ada
Cerita silam ini menjadi racun bisa
Dan kini aku pun melara
Terlemas di dataran
Dilambung ombak hidup pun aku masih menanti mu
Akan tersingkapkah cinta
Yang telah sekian lama
Kita dodoikan bersama di mimpi ngeri
Biarpun masih tergagah
Menjulang cinta yang patah
Sebenarnya pun kesepian
Dan aku pun masih cinta
Diri ini penuh luka
Yang tidak akan tertutup
Meskipun ada pengganti
Seiras wajah
to be continued jika masih diberi nafas olehNYA....
Friday, October 7, 2011
HIPOKRIT
Assalamualaikum wbt..
Wahai sahabat² seagama denganku .. Tolonglah ambil masa 3 minit untuk baca note ini . 3 minit je, tak lama pun ..
Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan
sekali lagi .. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih …
Bayangkan benda ini berlaku pada anda ..
...
Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yg di hadiri oleh lebih kurang
1,000 jemaah .. Tiba² masuk dua orang lelaki yg menutupi seluruh
tubuhnya dengan pakaian hitam .. Tak nampak apa cuma dua biji mata and
membawa mesin gun .. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik “ Sesiapa
yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu ” .. Selepas
mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah
itu utk menyelamatkan diri .. Daripada jumlah yg 1,000 tadi tu hanya
tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat
masing² termasuk Pak Iman tu .. Lelaki yang bertempik tadi segera
membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok
Pak Iman , saya dah halau SEMUA yang hipokrit , sekarang bolee lah Pak
Iman mulakan sembahyang Jumaat ” .. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling
dan meninggalkan jemaah ..
Macam mana .. Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas .. Selain terhibur anda fikirkanlah …
“ Lawak kan , dari 1,000 orang yg mengaku dia Islam , hanya 20 yg betul-betul BERIMAN … “
“ Lawakkan berapa banyak manusia yg mudah lupakan ALLAH bila menghadapi
bahaya .. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun .. Dia tak kata pun nak
bunuh .. Tapi generasi sekarang .. Amat lemah .. Baru kena ugut terus
lari lintang pukang .. Lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi .. ”
“ Lawak , ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja .. Tu pun bila
time sembahyang jumaat .. Tunjuk muka kat orang kampung .. Ada tu lagi
dashyat setahun 2 kali jaa .. Bila time sembahyang raya .. ”
"
Lawakkan , ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh
surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran ”
“
Lawakkan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara , akhirat
adalah tempat yang kekal , tapi berlumba² mengejar dunia .. ”
“
Lawak , kita bolee bersembang dengan boyfriend atau girlfriend
berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai .. Tak cukup masa .. "
Dan lebih lawak lagi , bila kita boleh post banyak thread atau note
yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat
nak berkongsi dan nak hantar artikel² yang berunsur agama Lawak kan ??
Kenapa ? Gelak tu kan realiti ..
Tapi yg paling lawak sekali ..
Berapa orang yg lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain ..
Berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca ?
Berapa banyak ?? Wallahualam .. Sebarkanlah .. Tak perlu minta izin ..
Moga bermanfaat ..
Boleh share untuk manfaat bersama~
to be continued jika masih diberi nafas olehNYA.....
Subscribe to:
Posts (Atom)