CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Tuesday, October 11, 2011

Semangat Dan Keyakinan Yang Hilang

Lama aq tenung skrin laptop aq,beribu-ribu perkataan bermain dikotak fikiran.. namun tiada satu perkataan yang mampu aq taip. Sesekali talian internet aq putus-putus, aq sambung kembali, namun masih tidak mampu mengeluarkan sebutir kata sekalipun. Sepertinya terlalu banyak persoalan yang timbul di kepala aq sejak minggu lepas..
Azan isyak berkumandang, ini menandakan masuk waktu solat isyak bagi kawasan sekitarnya. Terpanggil dengan panggilan Illahi, aq kuatkan diri untuk sembah dan bermohon kepada-NYA. Lama aq terpaku di atas sejadah menghadap DIA yang satu.. seraya teresak-esak mengadu kepada-NYA..Lagaknya seperti tiada lagi tempat untuk aq mengadu selain dari-NYA...ya memang DIA tempat aq mengadu selama ini...DIA segalanya bagiku..
Aq kembali berada di depan laptop untuk sesi luahan hati aq di dalam blog peribadi aq ini. Kalau blog ini kekal, mudah-mudahan ia menjadi memori indah untuk ditatapi kamu yang membacanya.
Aq sedar, aq tewas dengan apa yang aq rasa, aq tewas dengan apa yang aq tanggung, akhirnya membentuk satu perasaan negatif. Aq semakin hilang semangat untuk berjuang. Aq juga hilang keyakinan diri yang dibentuk sekian lama. Kenapa perkara seperti ini terjadi ke atas aq????
Itu antara persoalan besar yang aq selalu fikirkan. Dibawah persoalan tersebut membentuk perlbagai masalah-masalah kecil yang juga menjadi penyebab masalah sebesar itu berlaku. Malah sukar untuk aq luahkan secara terperinci tapi ia cukup membebankan aq..aq rasa kamu pasti ingin tahu apa yang berlaku disebalik luahan hati aq yang akhirnya menghasilkan beratus-ratus perkataan ini. Mungkin juga akan mencapai ribu perkataan. Percayalah, apa yang aq tanggung mungkin tidak seperti yang aq cuba gambarkan, mungkin aq tidak pandai bermain kata. Mungkin entri ini dilahirkan dari keadaan hati yang bercampur baur perasaannya.
Kalau aq menangis, mungkin sebab aq sudah tidak tahan akan dugaan ini. Atau aku menangis kerana tiada seorang pun yang mampu memahami keadaan aq termasuk family aq sendiri. Entri seperti ini sepatutnya aq tulis sekian lama dengan harapan kalau tidak kamu faham, cukuplah kalau orang terdekat dengan aq yang faham. Walaupun aq tahu ramai yang tidak faham, sebabnya aq tidak ceritakan sepenuhnya. Aq hanya beri gambaran sahaja. Atau mungkin ia menjadi penulisan aq yang terakhir?
Kenapa aq kata macam tu? aq seperti keseorangan disini!
Penulisan aq kali ini menjurus kepada luahan hati sebenar tapi aku masih belum puas seperti ada sesuatu yang perlu aq tunaikan disini tetapi sesuatu tersebut seperti tenggelam timbul. Setelah terhenti lama disini, mungkin lebih baik sampai disini sahaja sebelum aq lebih merapu dan akhirnya mengeluarkan kata-kata yang kurang enak..
YA ALLAH, Jika ini jalan takdirku...aq terima dengan penuh redha...Jika ini ujian yang KAU berikan aq terima...YA ALLAH kuat kan semangat ku ini untuk hadapi segala dugaanMU.. berikan aq kekuatan untuk meneruskan perjalanan hidup ini... YA ALLAH aq mohon berikan lah peluang aq hidup dalam kesempurnaan dalam apa jua keadaan...Amin..

Bila menulis berkenaan soal hati , mungkin ramai yang tidak menyukainya. Aq juga mahu kamu tahu, atau mungkin pembaca setia sudah pun mengetahuinya, asal aq menulis sememangnya bermula dengan HATI!!!
Sekurang-kurangnya bila penulisan aq ini habis disini, aq merasa sedikit lega!


to be continued jika masih diberi nafas olehNYA.....



1 comment:

  1. achik... ko npe? huhuhu.. let me know what happen n let me share ur probs.. sbb tiap kali aq bc entry ko ni cm ko ckp ko keseorgan.. sdgkn x pn.. even jauh mn pn jarak kite.. ko still kwn aq.. aq lak sedih bc entry ko ni.. pls cheer up ur life.. jgn mbelenggukan diri sgt.. at least klu ko luahkn ko akn rs tenang n ringan sikit.. plsss.. let me know.. aq syg sgt kt ko!! =)

    ReplyDelete

Doakan untuk Teja

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

click to create your own