CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Monday, March 8, 2010

YA ALLAH..aq mahu berubah..

YA ALLAH.. SYUKUR DI ATAS NIKMAT PANCAINDERA-MU..

Dengan penglihatan
Aku dapat melihat segala kekuasaan-MU,
Mengagumi segala kebesaran-Mu

Namun..

Dengannya jualah aku melakukan kemungkaran pada-MU,
Menjerumuskan diriku ke lembah dosa,
Melihat pada yang tak sepatutnya,
Membuatkan diri ini alpa saat hidayah-Mu tiba.

Seketika kutersedar…

Mungkin belum terlambat,
Untukku pahatkan dalam diri,

Bahawa.. Aku mahu berubah!!!

Ya Allah,
Jika dulu aku angkuh di bumi-MU,

Alhamdulillah..
Hidayah-MU mematahkan keangkuhanku,
Membangunkan sifat malu,
Yang selama ini tersorok dalam diri,
Kutundukkan pandanganku,
Yang selama ini meliar!
Kutimbulkan kekeliruan pada teman-teman,
Kutempis segala teguran sinis,
Kutekadkan dalam kalbuku,

Bahawa… Aku mahu berubah!! !

Ya Allah,
Jika dulu aku lalai dalam menunaikan hak-MU,
Terleka dengan duniawi,
Terkadang kuabaikan ukhrawi,

Subhanallah,
Sesungguhnya kekuasaan-MU yang paling Agung,
Kau sedarkanku di saat aku hanyut,
Masih tak terlambat,
Untuk suatu perubahan,
Kuakur pada kekuasaan-MU,

Lantas,
Kulaungkan dalam hatiku,
Aku mahu berubah!!!

Ya Allah,
Kupohon hidayah-MU,
Duhai ayahanda dan bonda,
sahabat-sahabat,
serta teman-teman,

Bantulah daku,
Bimbinglah daku,
Dalam mencari,

Cinta yang paling Agung,
Cinta yang Esa,

Sesungguhnya,

AKU MAHU BERUBAH!!!

salam...alhamdulillah..trjumpe puisi nih terasa mcm kne jek ngan diri sendiri..huhu..insyaAllah semoga DIA mudahkan segalanya.....'Ya Allah,ampunilah dosa kami yg selalu lalai dgn tipu daya duniawi,lemah dgn pujukan syaitan dan nafsu...kami memohon kepadamu agar dijauhkan dr hati yg xkusyuk dan jiwa yg xtenteram..bimbinglah kami ke jalanMu yang benar..kuatkan kami ketika kami jatuh..amin,Ya Hayyu Ya Qayyum'

'Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika mereka tidak mengubah nasib mereka sendiri'

1 comment:

  1. akak...bila bc blog ni. rse rendu gler kat akak taw... akak jgn lupa sy taw...
    <>

    ReplyDelete

Doakan untuk Teja

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

click to create your own