CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Tuesday, February 2, 2010

Keseorangan

Sering sahaja aku kesaorangan.
Kesaorangan diri di dalam hidup ku ini.

Memang hidup didalam dunia ini penuh dengan teka-teki.
Ramai manusia .....tentu...dan tentu banyak ragamnya.

Aku sedar....
Tidak ramai yang dapat mengerti sikap, kelakuan dan seleraku.
Aku dapat memahami tentang itu dan menerima hakikat itu!

Ramai yang tidak suka berkawan dengan ku kerana aku terlalu berterus terang didalam perkataan ku.
Terlalu berterus terang didalam tulisan ku.
Tidak tahu berlembut bahasa bermanis bibir....
Dan aku juga tidak pandai berpura2 untuk cuba menyenangkan hati mereka atau

berpura2 mengambil hati mereka dengan kata2 yang manis lagi sedap didengar telinga!

Aku sedar tentang itu!
Siapalah aku di sisi mereka....yang sering sahaja tidak pandai menyenangkan hati mereka!

Cuma sang angin sahaja yang dapat mengerti tentang diri ini dan hati ini!
Kerana itu...
Aku tidak mempunyai ramai kawan...
Aku sentiasa bersendiri dan kesaorangan...

Aku yang sendiri dan kesaorangan ini....

sering sahaja mendengar hembusan sang angin yang meniup2 dan membelai2 telinga ku ini.
Sering bersendiri dan senang berbicara dengan sang angin!
Sang anginlah teman ku!
Sang anginlah sahabat setia ku.
Yang senentiasa sahaja menemani aku dimana sahaja aku berada.
Sang angin tidak pernah marah kepada ku.
Aku tidak perlu berpura2 kepada sang angin kerana sang angin sangat mengerti akan perasaan hati ku dan kata2 ku!
Sang angin tidak pernah meninggalkan diri ku kesaorangan.
Dan aku percaya bahawa .....

Sang angin tidak akan pernah membiarkan diriku kesaorangan diri sehingga hayat ku!

No comments:

Post a Comment

Doakan untuk Teja

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

click to create your own